“Doktor, bibir saya naik biji!” – Kieda Crepe dijangkiti herpes, siap bergurau ‘telur suami masam’?

5 hours ago 6

Nama usahawan sensasi, Kieda Crepe, kembali menjadi bualan hangat netizen selepas video TikTok miliknya tular memaparkan dirinya sedang mendapatkan rawatan akibat jangkitan herpes simplex virus (HSV‑1).

Dalam video berdurasi hampir lima minit itu, Kieda dilihat tampil bersahaja ketika berbual dengan doktor mengenai keadaannya yang mengalami biji-biji kecil dan kebas pada bahagian bibir.

Tanpa berselindung, dia turut bertanya sama ada itu merupakan simptom penyakit kelamin.

“Doktor, muka saya dah okey. Tapi dekat bibir saya pula, doktor,” katanya sambil ketawa kecil.

Doktor kemudiannya menjelaskan bahawa ia adalah jangkitan herpes simplex virus, iaitu sejenis virus yang boleh kekal dalam badan seumur hidup dan akan kembali aktif apabila sistem imun badan menurun.

Beliau turut menasihati Kieda supaya menyapu krim antivirus jenis acyclovir selama lima hingga tujuh hari bagi mempercepatkan proses pemulihan.

Artikel berkaitan: Kritik Sampai Menghina Makanan, Wanita Tampil Mohon Maaf Dengan Kieda Crepe

Artikel berkaitan: Pelanggan Dakwa Dimalukan Kieda Crepe, Dipersoal Kenapa Beli 2 Bekas Makanan Saja Di Kedainya

IMG 3359Tangkap layar video Kieda di laman TikTok

Lucunya, Kieda sempat merayu kepada doktor untuk diberikan ubat yang lebih kuat, kerana bimbang keadaan bibirnya akan mengundang perhatian ketika menghadiri majlis kenduri keesokan harinya.

“Tak boleh ke doktor bagi ubat kuat sikit? Nanti orang tengok bibir saya! Saya takut alergi lipstik juga,” katanya dalam nada berseloroh.

Namun, keadaan menjadi lebih panas apabila Kieda secara berseloroh mengaitkan suaminya, Hilmi Zaki, sebagai punca jangkitan tersebut.

“Saya rasa [sebab] telur dia masam.”

Gurauan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai menganggap ia sebagai keterlaluan dan tidak wajar dikongsi secara terbuka, lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan maruah suami sendiri.

Walau bagaimanapun, tidak semua komen bersifat kecaman. Ada juga netizen yang tampil berkongsi pengetahuan perubatan dan pengalaman sendiri berkaitan jangkitan HSV-1.

“Herpes ni ada banyak jenis. Budak kecil pun boleh kena. Pegang troli, duit, lepas tu sentuh mulut pun boleh jangkit. Virus ni duduk dalam badan dan akan aktif balik kalau imun lemah,” kata Sarah.

“Saya baru kena. Dua bulan lepas doktor bagi ubat virus dan krim sapu. Dah baik dan tak ada parut pun,” kongsi Amira.

Untuk pengetahuan semua, HSV‑1 tidak semestinya dijangkiti melalui hubungan seksual. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan, air liur, atau objek yang tercemar.

Virus ini akan kekal dalam badan secara laten, dan boleh aktif semula apabila sistem imun tubuh menjadi lemah.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |