syaz ft 2025 06 20T153728.104

Teguran seorang warga emas membawa padah apabila dia dipukul dengan cota besi sehingga maut, insiden itu berlaku di Kampung Buloh Ipoh, Tanah Merah, Kelantan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Shamsuddin Mohamad, 60, mengalami kecederaan parah pada muka meninggal dunia di lokasi kejadian selepas rebah dipukul remaja terbabit.

Artikel berkaitan: Didakwa Ada Penyakit Nyanyuk, Warga Emas 82 Tahun Tak Ingat Sebab Kenapa Aniaya Anjing Sambil Tunggang Motor

Artikel berkaitan: Pemuda Mengamuk Sampai Campak Meja Sebab Motor Hilang, Rupa-rupanya...

Menurut laporan Kosmo!, adik mangsa, Hasnah Ghazali, 40, berkata, sebelum kejadian, abangnya sedang berbual dengan seorang rakan di sebuah bangsal berhadapan dengan kedai runcit.

WhatsApp Image 2025 06 20 at 14.12.43

Adiknya itu berkongsi, abangnya didatangi suspek yang berusia 18 tahun sebelum mengajaknya ke belakang kedai runcit.

“Remaja terbabit tiba-tiba memukul abang dengan sebatang cota besi yang dipercayai dibeli secara dalam talian. Kejadian itu disedari oleh seorang lelaki turut melalui kawasan berkenaan.

Pukulan pada bahagian muka itu menyebabkan abang saya rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Adik arwah berkata dia mendapati bahagian muka abangnya berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa.

“Difahamkan, remaja terbabit dipercayai berdendam dengan abang saya kerana sebelum ini ada menegurnya yang banyak kali menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan kampung,” katanya.

Menurutnya, jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kelupang Ipoh, di sini selewat-lewatnya petang ini.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.