Pengasas Telegram Bakal Wariskan Harta RM65 Bilion Kepada 100 Anak, Seorang Dijangka Terima RM650 Juta

8 hours ago 7

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) aplikasi mesej segera Telegram, Pavel Durov, mendedahkan bahawa beliau akan mewariskan kekayaan yang dianggarkan bernilai AS$13.9 bilion (RM65 bilion) kepada lebih 100 anak yang dikatakan hasil daripada sumbangan spermanya sendiri sejak 15 tahun lalu.

Dalam temu bual bersama majalah politik Perancis Le Point, Durov berkata beliau merupakan “bapa rasmi” kepada enam anak hasil hubungan dengan tiga wanita berbeza, namun sebuah klinik kesuburan memaklumkan bahawa lebih 100 bayi telah dilahirkan melalui sumbangan spermanya di 12 negara.

“Mereka semua adalah anak saya dan akan memiliki hak yang sama! Saya tidak mahu mereka saling bermusuhan selepas kematian saya,” ujarnya.

Jika kekayaan Durov dibahagikan sama rata kepada 100 orang anak, setiap seorang bakal mewarisi kira-kira AS$139 juta (lebih RM650 juta)!

Artikel berkaitan: Ditahan Selepas Turun Kapal Terbang Peribadi, Pengasas Telegram Didakwa Atas Aktiviti Jenayah

Artikel berkaitan: Dah Remove Tapi Masih Kena, Ini 3 Cara Mudah Untuk Elak Daripada Masuk Group Merepek Di Telegram

gettyimages 527244188Pengasas Telegram, Pavel Durov

Usahawan teknologi kelahiran Rusia berusia 40 tahun itu berkata, beliau sudahpun menyediakan wasiat kerana menyedari risiko besar yang datang bersama tugasnya.

“Kerja saya berisiko, saya perlu mempertahankan kebebasan yang secara tidak langsung menjadikan saya mempunyai banyak musuh, termasuk daripada negara-negara berkuasa,” katanya.

Walau bagaimanapun, Durov menetapkan bahawa anak-anaknya tidak akan dapat mengakses harta pusaka tersebut untuk tempoh 30 tahun akan datang.

“Saya mahu mereka hidup seperti orang biasa, membina kehidupan sendiri, belajar mempercayai diri sendiri dan mencipta sesuatu tanpa bergantung kepada akaun bank,” jelasnya lagi.

Telegram, yang diasaskan pada tahun 2013 selepas Durov meninggalkan syarikat media sosial Rusia VKontakte akibat tekanan politik, kini mempunyai lebih satu bilion pengguna aktif bulanan dan terkenal dengan ciri keselamatan serta privasi pengguna yang tinggi.

Namun begitu, Telegram turut berdepan kritikan kerana dikatakan menjadi platform kepada aktiviti jenayah termasuk penyebaran kandungan terlarang, fahaman ekstremis dan keganasan.

Di Perancis, Durov pernah ditahan pihak berkuasa berhubung dakwaan gagal mengawal kandungan berunsur jenayah di dalam aplikasi tersebut.

Telegram kini beroperasi dari Dubai dan Durov memegang kewarganegaraan berganda iaitu Perancis dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |