syaz ft 2025 06 20T100425.472

Semalam, dunia hiburan kecoh apabila isteri kepada pelawak dan pelakon, Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan dikatakan pergi ke mahkamah syariah bagi perbicaraan untuk prosiding pertama tuntutan cerai.

Berita itu mengejutkan ramai pihak, lebih-lebih lagi kerana mereka baru sahaja 4 bulan mendirikan rumah tangga.

Artikel berkaitan: Dilihat Hadir Ke Mahkamah Syariah, Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai?

Artikel berkaitan: Fikry Ibrahim Perjelas Sebab Rahsiakan Perkahwinan, Nafi Tuduhan Kena Kahwin Paksa

Pun begitu, dalam hantaran terbaru di Instagram, Khalizah memuat naik gambar tangan mereka berpegang erat dengan kapsyen ringkas.

“Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami @fikryibrahim,” tulisnya.

Hantaran itu sekali gus meredakan teka-teki yang menyelubungi rumah tangga pasangan tersebut sejak Mei lalu.

Menurut laporan Kosmo!, Fikry atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, turut tampil mengulas isu tersebut ketika bersiaran langsung dalam rancangan Melodi dan memberi jaminan untuk mempertahankan perkahwinan mereka.

“Setiap rumah tangga ada dugaannya. Tapi kami pilih untuk teruskan,” ujarnya.

Namun, ketika ditemui media sebaik selesai rancangan itu di Balai Berita, Bangsar, Fikry enggan memberi sebarang komen lanjut.

Semoga pasangan ini baik-baik sahaja…

Sumber: Kosmo!, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.