Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan aksi murni seorang gadis tempatan membantu sekumpulan pelancong dari China yang tersalah lapangan terbang. Apa yang menarik perhatian netizen bukan sahaja sifat prihatinnya, malah kefasihannya bertutur dalam bahasa Mandarin!
Kejadian yang dipercayai berlaku di dalam tren KLIA Ekspres/Transit itu bermula apabila sekumpulan pelancong tersebut kelihatan keliru dengan destinasi mereka. Difahamkan, mereka tersalah faham mengenai terminal pelepasan sama ada di KLIA (Terminal 1) atau KLIA2 (Terminal 2).
Artikel berkaitan: 5 Sebab Malaysia Berjaya Tandingi Thailand Sebagai Destinasi Paling Ramai Pelancong Di Asia Tenggara
Artikel berkaitan: “Malu bang perangai macam ni” – Sikap Pelancong Malaysia Curi Air Di Thailand Undang Kecaman Netizen
Melihat keadaan mereka yang buntu, gadis tersebut segera menghampiri dan menawarkan bantuan. Dengan tenang, dia menyemak nombor penerbangan mereka melalui telefon bimbit untuk memastikan lokasi yang betul.
@sasabella_touristguidePov : Melayu Girl Tolong Orang China🇨🇳salah airport #touristguide #chinatrip #china #chinaa #muslimfriendlytouristguide #muslimfriendly #malaysia #kualalumpur #muslimtour #melayucakapcina #cinacakapmelayu #tourguide #tourguidemalaysia #touristguide #touristguidemalaysia #chinese #melayu #melayutiktok #fyp #sasabellatravels #touristguidemelayu #muslimfriendlytouristguide #licensedtouristguide #mandarinspeaker #touristguidemelayu #sasabellatravels #cinacakapmelayu #cinacakapbahasamelayu #china #melayu #malaysia #kualalumpur #chinatrip
♬ original sound – Sasa Bella Tourist Guide – Sasa Bella Tourist Guide
Tanpa rasa kekok, gadis tersebut memberi arahan terperinci dalam bahasa Mandarin dan menjelaskan bahawa mereka perlu terus ke Aras 5 sebaik tiba di terminal dan menasihati mereka agar merujuk ke kaunter pertanyaan di zon E atau F untuk pengesahan lanjut.
Beliau juga sempat mengingatkan mereka supaya menekan butang merah pada pintu tren untuk keluar, satu tindakan kecil yang sangat membantu pelancong yang pertama kali menggunakan tren tersebut.
Tindakan gadis ini mendapat pujian ramai. Ramai yang kagum melihat keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan kebolehan menguasai bahasa ketiga.

Sumber: TikTok

1 day ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















