3jepun

Sebuah hotel di Kyoto mencetuskan kontroversi apabila meminta pelancong dari Israel menandatangani pengisytiharan mengesahkan mereka tidak terlibat dalam jenayah perang sebelum dibenarkan mendaftar masuk.

Memetik laporan Astro Awani, insiden itu berlaku selepas seorang pelancong mengemukakan pasport Israel di kaunter pendaftaran, sebelum kakitangan hotel menyerahkan borang yang perlu ditandatangani sebagai syarat wajib penginapan.

Pada awalnya, pelancong tersebut, bekas paramedik tempur simpanan Tentera Laut Israel, enggan menuruti permintaan itu, namun akhirnya akur selepas dimaklumkan semua tetamu dari Israel dan Rusia perlu berbuat demikian.

Screenshot 2025 04 27 at 12.53.55 PM

Menerusi kandungan pengisytiharan itu, tetamu diminta mengaku tidak pernah melakukan jenayah perang seperti serangan terhadap orang awam, keganasan seksual, penyeksaan atau pelanggaran terhadap Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Mereka juga perlu berikrar mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan tidak terlibat dalam sebarang jenayah perang di masa hadapan.

Duta Israel ke Jepun, Gilad Cohen, telah mengutus surat protes kepada Gabenor Kyoto, Takatoshi Nishiwaki, menyifatkan tindakan hotel itu sebagai “tidak boleh diterima”.

Bagaimanapun, pengurus hotel mempertahankan langkah tersebut, dengan berkata:

Bagi kami, perang adalah sesuatu yang jauh, dan kami tidak pernah bertemu dengan individu yang membunuh wanita dan kanak-kanak serta mengebom sekolah.”

Kejadian serupa dilaporkan pernah berlaku di sebuah lagi hotel di Kyoto pada Jun tahun lalu.

Baca: Pemandu Bas Hilang Pencen Lebih RM300,000 Gara-gara Curi RM31

Screenshot 2025 04 27 at 12.52.44 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.