kes tembakan

Seorang lelaki di Kuching, Sarawak dilaporkan maut pada awal pagi tadi, dipercayai akibat ditembak di bahagian kepala.

Menurut laporan Berita Harian, mangsa yang berusia 34 tahun mempunyai kesan tembakan pada kepalanya dan difahamkan, lelaki tersebut ditemukan maut di dalam sebuah kereta.

Difahamkan juga, mangsa dibawa ke Balai Polis Batu Kawa oleh dua orang lelaki iaitu rakannya.

Menurut dua orang lelaki tersebut, mangsa telah terkena tembakan ketika mereka melalui Jalan Stephen Yong.

gambar hiasan 2 1 1Gambar Hiasan

Artikel Berkaitan: Dipercayai Terlibat Dalam Kes Culik Remaja 16 Tahun, Lelaki M*ut Ditemb*k

Artikel berkaitan: “Acu pist*l depan mata” – Pemandu Kongsi Detik Cemas Berdepan Dengan Suspek Kes Temb*k Di Setia Alam

Kematian mangsa kemudiannya disahkan oleh pegawai perubatan.

Difahamkan juga, ketika kejadian, mangsa adalah penumpang dalam kereta Perodua Myvi.

Namun, tidak dapat dipastikan jika mangsa duduk di kerusi penumpang hadapan atau di belakang ketika kejadian kerana setakat ini, perkara itu tidak didedahkan oleh pihak polis.

Kes tembakan ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

gambar hiasan

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.