Lori Simen Jatuh Di Kawasan Pembinaan

Sebuah tapak pembinaan di Hospital Pulau Pinang diarahkan untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan buat sementara waktu selepas kejadian lori pembancuh simen jatuh dari tebing yang berlaku di kawasan itu beberapa hari lalu.

Menurut Berita Harian, arahan itu telah diarahkan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Difahamkan, kejadian lori pembancuh simen jatuh dari tebing itu telah menyebabkan seorang mangsa iaitu pemandu lori tersebut maut di lokasi kejadian.

Kerja-kerja pembinaan itu diarahkan untuk dihentikan sementara sehingga siasatan dan laporan berhubung insiden itu selesai.

Whatsapp Image 2026 02 08 At 12.17.24 Pm

Artikel Berkaitan: “King bertemu king” – 4 Buah Myvi Sama Warna Terlibat Kemalangan Jadi Buah Mulut Netizen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lori Treler Bergerak Sendiri,  Banyak Kereta Rosak Akibat Dilanggar

Insiden itu berlaku dipercayai akibat lori simen berkenaan yang hilang keseimbangan ketika kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.

Lori tersebut kemudiannya telah terjatuh ke dalam kawasan tapak tersebut.

Untuk makluman semua, kawasan kejadian itu merupakan tapak pembinaan bagi Klinik Pakar dan Wad Hospital Pulau Pinang.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.