Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah ditemui lemas di kawasan pintu air Sungai Ulu Sat, Kampung Belukar di Machang, Kelantan selepas mangsa dihanyutkan arus deras, lapor Sinar Harian.
Difahamkan, mangsa, Mohamad Syafi Irsyad Mohd Shaharudin ditemui lemas selepas lima jam pasukan penyelamat melakukan operasi mencari mangsa.
Difahamkan juga, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Satu SMK Hamzah 2 telah bertindak terjun ke dalam sungai tersebut kerana mahu menyelamatkan abangnya, 15 tahun yang terjatuh ke dalam sungai.

Artikel Berkaitan: “Cuba capai tangannya tapi tak sampai” – Murid Tahun 3 Dikhuatiri Lemas Di Pantai Kemayang
Artikel berkaitan: Murid 11 Tahun Maut Dalam Program Akuatik Anjuran Sekolah
Namun, abang mangsa telah berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung setelah dia berpaut pada tembok penghadang air.
Mangsa pula difahamkan tidak berjaya menyelamatkaan diri kerana hujan lebat di kawasan itu telah menyebabbkan arus di situ deras.
Jasad mangsa telah ditemui sekitar 1.5 kilometer dari tempat mangsa hilang.
Sumber: Sinar Harian

1 week ago
133































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















