Kalau sebut tentang salji, kebanyakan rakyat Malaysia hanya mampu untuk berangan saja sebabnya ia takkan berlaku di negara kita secara semula jadi.
Nak terbang ke luar negara semata-mata nak tengok salji turun pun, bukanlah semua orang mampu berbelanja besar. Jadi, pengalaman menyaksikan salji turun dengan mata sendiri memang satu keistimewaan yang tidak semua orang dapat rasai.
Menariknya, menerusi festival salji sempena sambutan Krismas ini, rakyat Malaysia akhirnya boleh merasai pengalaman salji yang sebenar dengan percuma je. Berikut adalah 4 tempat yang korang boleh alami salji di Malaysia.
1. Resorts World Genting

Seperti yang kita tahu, Genting Highlands memang terkenal dengan cuacanya yang sejuk, ditambah pula kabus tebal yang selalu menyelimuti sekelilingnya, menjadikan suasana di kawasan itu terasa berbeza dengan tempat-tempat lain dalam Malaysia.
Tapi apa yang berbeza kali ni adalah, setiap hujung tahun pasti akan ada festival Genting Winter Wonderland di Resorts World Genting sebagai salah satu acara khas sempena sambutan Krismas dan Ambang Tahun Baru.
Tempoh acara ini akan berlangsung dari 21 November 2025 hingga 1 Januari 2026. Sepanjang acara ini, pengunjung akan dapat menikmati pelbagai aktiviti dan persembahan yang bertemakan sambutan Krismas.
Tapi tumpuan utama bagi acara khas ini adalah acara Magical Snowfall yang akan menjadi kemuncak sambutan di Resorts World Genting. Acara ini akan menyaksikan salji buatan turun ke Liberty Lane selama 10 minit bermula jam 6.30 petang mengikut jadual-jadual yang telah ditetapkan.
Dengan kawasannya selalu sejuk dan kabus tebal, korang memang akan rasa macam dekat negara yang bersalji.
Berikut adalah jadual acara Magical Snowfall:
- Ahad – Khamis: 6.30pm, 7.30pm, 8.30pm, 9.30pm & 10.30pm
- Jumaat & Sabtu: 6.30pm, 7pm, 7.30pm, 8pm, 8.30pm, 9pm, 9.30pm, 10pm & 10.30pm
- Hari Krismas & Malam Ambang Tahun Baru: 6.30pm, 7pm, 7.30pm, 8pm, 8.30pm, 9pm, 9.30pm, 10pm, 10.30pm, 11pm & 11.30pm
2. Avenue K

Tak nak naik Genting Highlands? Jangan risau, sebab di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur pun ada!
Sempena kemeriahan sambutan Krismas Golden Noël di Kuala Lumpur, Avenue K bawakan pengalaman salji buatan khas yang cukup buat bandar KL nampak macam seolah-olah di bandar yang bersalji.
Kalau di Resorts World Genting dipenuhi dengan kabus tebal, di Avenue K pula, korang boleh nikmati salji buatan dengan pemandangan KLCC yang menakjubkan sebagai latar belakang.
Tempoh acara ini akan berlangsung dari 25 November 2025 hingga 4 Januari 2026 serta dibawakan khas untuk rakyat Malaysia merasai sendiri pengalaman salji turun di tengah-tengah bandar sambil mencipta memori bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang.
Berikut adalah jadual acara Golden Noël:
- Khamis: 7.45pm-8pm
- Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 7.45pm-8pm & 8pm-8.45pm
3. Desa ParkCity

Bermula 28 November hingga 4 Januari 2026, Desa ParkCity turut menganjurkan sebuah acara yang penuh dengan pemasangan lampu sempena festival akhir tahun serta sambutan Krismas yang meriah.
Setiap sudut di kawasan ini akan dipenuhi dengan pelbagai spot bergambar menarik yang bertemakan hiasan lampu dan sambutan Krismas.
Selain nikmati keindahan dekorasi lampu, korang juga boleh nikmati dunia magikal Krismas menerusi salji buatannya yang berlangsung setiap hari Sabtu dan Ahad. Jadi setiap langkah korang sepanjang di acara ini akan dihiasi dengan kemeriahan pengalaman salji buatan yang takkan dapat di tempat lain.
Berikut adalah jadual acara di Desa ParkCity:
- Sabtu & Ahad: antara 7.30pm dan 10pm
4. Huuha Christmas, Huuha Land

Satu lagi lokasi yang korang boleh nikmati suasana sambutan Krismas sambil ditemani dengan sesi salji adalah di Huuha Land.
Acara anjuran Huuha Land menerusi Huuha Christmas kali ini akan membawakan pelbagai permainan karnival yang disertakan bersama bazar tempatan bermula 5 Disember sehingga 28 Disember 2025.
Acara ini akan bermula pada jam 5 petang hingga 12 malam setiap hujung minggu dan sesi saljinya akan berlangsung setiap malam. Jadi, korang boleh rasa sendiri pengalaman berjalan-jalan sepanjang bazar sambil nikmati salji pada waktu malam.
Berikut adalah jadual acara Huuha Christmas:
- 5-7 Disember, 12-14 Disember, 19-21 Disember & 26-28 Disember 2025
Sumber: The Smart Local

3 days ago
18






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















