Ft Tokong

Polis kini sedang mengesan seorang bekas pelajar tahfiz yang disyaki bertanggungjawab dalam kejadian tulisan kalimah Allah dan Bismillahirrahmanirrahim di tokong di Jalan Jeti Anjung Batu – Pantai Siring, Jasin, Melaka malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, hasil siasatan awal mereka mendapati seorang penduduk kampung memaklumkan bahawa pernah melihat lelaki yang dikenali dengan panggilan ‘Ucuk’ menulis kalimah Allah di tembok jalan dan tiang elektrik.

Artikel berkaitan: Pengasas &CEO KK Mart Bebas Daripada Tuduhan Kes Stoking Kalimah Allah

Artikel berkaitan: Logo Dikatakan Menyerupai Kalimah Allah, 1,145 Pasang Kasut Vern’s Dirampas Polis

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa, Ucuk merupakan seorang bekas pelajar tahfiz dan kurang siuman.

“Pada pukul 11 malam tadi kita menerima maklumat daripada orang awam mengenai tulisan kaliman Allah dan Bismillahirrahmanirrahim dalam tulisan jawi pada dinding tokong dan pemeriksaan anggota ke lokasi mengesahkan kejadian itu.”

“Maklumat awal juga diterima daripada salah seorang penduduk kampung mendakwa pernah melihat lelaki bernama ‘Ucuk’ menconteng tembok tepi jalan dengan kalimah Allah.”

Screenshot 2026 04 09 172027

Jelasnya, pihak polis tidak mempunyai maklumat lanjut tentang Ucuk dan usaha untuk mengesannya sedang giat dijalankan dengan bantuan pelbagai pihak.

Beliau turut mengatakan, hasil temu bual bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Seri Minyak dan penduduk sekitar mendapati bahawa merekaa tidak tahu pemilik tokong berkenaan.

“Semakan status pemilikan tanah akan dibuat melalui Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, siasatan juga masih diteruskan bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).”

Screenshot 2026 04 09 172518

“Setakat ini kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membinasa, merosak atau mencemarkan tempat sembahyang/objek suci dengan niat mengaibkan agama mana-mana golongan.”

Sumber : Kosmo!