rembayung tak ada nursing room

Sejak mengumumkan bakal membuka restoran pertamanya, Rembayung di Kampung Baru, ada saja isu terbaru yang diperkatakan netizen berkenaan pempengaruh, Khairul Aming.

Terbaru, segelintir netizen dikatakan telah meminta pempengaruh ini untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan restoran itu ‘baby friendly’ dan jika ada menyediakan bilik nursing buat para ibu untuk menyusukan anak di sana.

Menerusi sesi live yang telah muat naik semula netizen di TikTok, Khairul Aming yang membaca pertanyaan itu berkata, restoran tersebut tidak menyediakan bilik nursing namun menyediakan baby board bagi ibu bapa yang ingin menukar lampin anak.

@cheqmanes

Senang mak ayah nak tukar pampers kalau anak yakyak.. Jarang kedai makan nak provide benda ni selain dari mall. #khairulaming #tipsbisnes #tipsbisnesonline

♬ suara asli – ⚡️BAPAK KOMPLEX – ⚡️BAPAK KOMPLEX

Kalau korang masuk toilet yang besar tu, dia ada papan yang boleh lipat, korang boleh turunkan papan tu dah bolehlah nak (tukar lampin bayi),” katanya.

Artikel berkaitan: “Busuknya hati” – Restoran ‘Rembayung’ Khairul Aming Belum Buka, Tapi Sudah Terima 1 Bintang Di Google Review

Artikel berkaitan: Dulu Masak Atas Lantai, Khairul Aming Kini Labur Lebih RM100,000 Untuk Hasilkan Video Masakan

“Apa bendalah nak bilik nursing, kau bukan masuk mall” 

Isu tersebut walau bagaimanapun menerima komen pedas daripada netizen yang berpendapat permintaan untuk menyediakan bilik nursing agak keterlaluan dan ia seperti menyamakan kemudahan di restoran Khairul Aming itu dengan pusat beli belah pula.

KA 1 down

Dalam pada itu, rata-rata di ruang komen berharap Khairul Aming tidak mempedulikan permintaan yang tidak masuk akal dan terus fokus dengan pembukaan restoran pertamanya itu kelak.

Sumber: TikTok, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.