Pempengaruh terkenal, Sam Lim hari ini menjadi bualan ramai selepas satu hantaran oleh Parisa Ardina memaparkan mereka berdua sudah selamat diijab kabulkan.
Selepas sekian lama peminat berteka-teki tentang status hubungan mereka, hari ini kecoh di Threads apabila tular satu tangkap layar yang memaparkan hantaran Instagram Story daripada Parisa Ardina sendiri.
Artikel berkaitan: “Patutlah layan aku macam sampah” – IG Story Isteri Faisal Halim Tarik Perhatian Ramai
Artikel berkaitan: Aslam Tepis Dakwaan Pernikahan Dengan Marissa Masih Belum Berdaftar
Kalau sebelum ini dorang selalu muat naik gambar dating atau kerja sekali, tapi IG Story kali ini seolah-olah memberi petanda besar yang mereka kini sudah pun sah bergelar suami isteri!
Malah, di Threads juga tular gambar dari groom stylist serta make up artist (MUA) yang memaparkan gambar pasangan merpati dua sejoli itu.
Walaupun gambar dah tersebar, pihak pengurusan Parisa Ardina serta Sam Lim dikhabarkan masih belum memberi sebarang maklum balas rasmi buat masa ini.

14 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















