Satu insiden serangan tembakan telah berlaku di Pantai Bondi, Australia petang semalam ketika komuniti Yahudi serang menghadiri acara sambutan perayaan Hanukkah.
Kejadian ini mencetuskan kebimbangan orang ramai kerana ia turut dilaporkan sebagai serangan tembakan paling berdarah sejak tragedi Port Arthur pada tahun 1996 yang telah mengorbankan seramai 35 nyawa.
Setakat artikel ini ditulis, seramai 16 orang telah dilaporkan maut termasuklah salah seorang pengganas yang ditembak mati oleh pihak polis. Pihak polis juga sekaligus terus mengklasifikasikan kejadian ini sebagai kejadian pengganas atau terrorist attack.
Begini kronologi kejadian tentang apa yang telah berlaku di Pantai Bondi, Australia.
Apa yang berlaku?

Dua lelaki bersenjata dilaporkan telah melepaskan tembakan dari sebuah jambatan ke arah Archer Park ketika acara Hanukkah by the Sea 2025 yang melibatkan kanak-kanak sedang berlangsung sekitar jam 6.47 petang.
Acara festival ini juga difahamkan telah dihadiri oleh lebih 1,000 orang sempena hari pertama sambutan Hanukkah manakala ribuan orang awam lain berada di Pantai Bondi sekadar untuk bersantai pada waktu petang
Untuk pengetahuan umum, sambutan Hanukkah ialah perayaan Yahudi yang berlangsung selama lapan hari dan biasanya diraikan dengan menyalakan lilin, menyanyi, bermain permainan tradisional seperti dreidel dan berkongsi makanan bersama keluarga dan komuniti. Kejadian ini pula berlaku pada hari pertama sambutan Hanukkah.

Ketika tembakan dilepaskan, sesetengah pengunjung dan orang awam ni sangkakan yang bunyi tembakan tersebut adalah bunyi bunga api. Namun keadaan bertukar panik bila orang ramai mula menyedari situasi sebenar dan menyebabkan ribuan orang bertempiaran melarikan diri dari kawasan pantai.
Tak lama kemudian, pihak polis pun keluarkan kenyataan rasmi yang menggesa orang awam yang berada di lokasi kejadian untuk segera berlindung manakala orang awam lain diminta untuk menjauhi kawasan tersebut.
Insiden tembakan itu dilaporkan berlaku selama kira-kira sembilan minit dengan pasukan polis tiba di lokasi dalam tempoh lima minit. Pihak polis juga telah menemukan sebuah kenderaan di Campbell Parade yang dipercayai membawa beberapa bahan letupan buatan sendiri.
Pasukan pemusnah bom turut mengesahkan dalam kenderaan tersebut, ada dua bahan letupan yang masih aktif, namun berjaya dikeluarkan dan dinyahaktifkan bagi mengelakkan risiko letupan berlaku.
Orang awam bantu tundukkan pengganas

Sebuah rakaman telah menunjukkan terdapat seorang lelaki yang berani berama Ahmed al Ahmed berjaya menundukkan salah seorang pengganas yang sedang menembak rambang.
Lelaki itu dilihat berlari menuju ke pengganas tanpa rasa ragu-ragu lalu merampas sejatanya dan mengancukannya kembali ke arah pengganas tersebut sebelum pengganas itu berundur ke arah jambatan. Pada masa yang sama, pengganas yang kedua terus melepaskan tembakannya pada Ahmed sehingga menyebabkan Ahmed mengalami kecedaraan yang parah.
Ahmed kini dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan tembakan pada lengan dan tangan di samping digelar sebagai wira sebenar oleh orang ramai.
Pengganas merupakan bapa dan anak
Kedua-dua pengganas kelihatan memakai baju hitam ketika membuat seranganPihak berkuasa telah mengesahkan bahawa pengganas dalam tembakan rambang di Pantai Bondi rupanya seorang bapa dan anak iaitu Sajid Akram, 50 dan Naveed Akram, 24, memetik laporan 9 News.
Lelaki yang berusia 50 tahun itu dikatakan telah ditembak mati oleh pihak polis ketika cuba melarikan diri selepas lihat polis tiba di tempat kejadian. Polis kemudian cuba memberikan rawatan CPR, namun dia telah disahkan mati di tempat kejadian. Anaknya yang turut cedera telah dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal di bawah pengawasan polis.
Operasi polis besar-besaran terus dilancarkan di Campsie iaitu sebuah kediaman yang dipercayai digunakan sebagai tempat penginapan sementara bagi kedua-dua pengganas ini.
Kemudian, pihak polis mendapati yang Sajid Akram merupakan salah seorang ahli dalam kelab senjata api serta mempunyai lesen senjata berdaftar di samping memiliki enam senjata api yang panjang. Keenam-enam senjata milik lelaki ini juga telah dirampas oleh pihak polis selepas berlakunya serangan.
16 orang disahkan maut

Antara mangsa yang dikenal pasti ialah seorang pemimpin agama Yahudi yang membantu dalam menganjurkan acara Hanukkah iaitu Eli Schlanger, 41 tahun.
Selain itu, mangsa termuda ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun bernama Matilda yang dikatakan merupakan seorang anak yang ceria, penuh semangat dan sangat disenangi oleh orang-orang sekelilingnya.
Terdapat juga mangsa yang dikenalpasti sebagai warganegara Perancis iaitu Dan Elkayam. Berikutan dengan kematian tragis beliau, Presiden Perancis iaitu Emmanuel Macron turut menzahirkan dukacita dan solidariti negaranya terhadap mangsa menerusi akaun X.
Saya sangat sedih dengan khabar berita kematian warganegara kami, Dan Elkayam dalam serangan pengganas yang bermotifkan antisemitisme di Sydney,” katanya dalam sebuah hantaran di X.
Sejak semalam, seramai 42 orang sudah pun dibawa ke hospital selepas pengganas melepaskan tembakan ke arah acara Hanukkah. Sejurus itu, dua daripada mereka dilaporkan telah meninggal dunia yang menjadikan kepada jumlah terbaharu iaitu seramai 16 orang disahkan maut daripada insiden ini.
Antara yang cedera termasuklah dua pegawai polis dan setakat ini seramai 27 orang masih dirawat di hospital-hospital sekitar Sydney. Pihak berkuasa juga mengesahkan bahawa enam orang berada dalam keadaan kritikal manakala enam lagi dalam keadaan kritikal tapi masih stabil dan selebihnya berada dalam keadaan yang stabil.
Disyaki bermotifkan sifat antisemitisme

Motif kejadian kepada insiden ini masih belum dikenalpasti sepenuhnya kerana salah seorang pengganas masih dirawat di hospital. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan bahawa serangan ini mungkin bermotifkan antisemitisme.
Antisemitisme ini merujuk kepada kebencian, prasangka atau diskriminasi terhadap orang Yahudi, sama ada berdasarkan agama, etnik atau identiti mereka.
Menurut Al Jazeera, Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump menyifatkan insiden ini sebagai serangan yang bermotifkan antisemitisme semata-mata.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat iaitu Marco Rubio turut membuat satu hantaran di X mengenai motif serangan ini.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese juga berpendapat bahawa serangan ini adalah sesuatu yang telah dirancang dan menyasarkan mangsa yang tertentu.
Sebagai Perdana Menteri, bagi pihak semua rakyat Australia, kepada komuniti Yahudi, kami berdiri bersama anda, kami menyokong anda, dan kami menegaskan malam ini bahawa anda berhak berbangga dengan siapa anda dan apa yang anda percayai. Anda berhak untuk beribadah, menuntut ilmu, bekerja dan hidup dalam keamanan dan keselamatan.
Anda tidak patut mengalami kehilangan seperti ini. Kami akan cuba usahakan segalanya untuk memastikan anda selamat.”
Beliau juga menambah dengan mengatakan kejadian yang berlaku pada hari pertama sambutan Hanukkah adalah satu insiden yang sangat jahat dan sifat antisemitisme samata-mata kerana hari pertama bagi sebuah perayaan sepatutnya disambut dengan kemeriahan dan keriangan bersama ahli keluarga dan komuniti masing-masing.
Namun kini menjadi satu peristiwa berdarah yang tak disangka-sangka sehingga menyebabkan ramai orang cedera serta meninggal di tempat kejadian.
Oleh demikian, bendera di seluruh Australia pun dikibarkan separuh tiang pada hari Isnin iaitu hari ini sebagai tanda solidariti terhadap serangan tembakan yang berlaku pada hari Ahad yang lalu.
Sumber: X

8 hours ago
8






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















