Seorang pengasuh yang kini sedang sarat hamil 9 bulan bersama ibunya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menganiaya seorang anak asuhannya sehinggakan mangsa alami kecederaan di paha serta kemaluan pada beberapa bulan lalu.
Tertuduh yang dikenali sebagai A Saranya, 28, dan ibunya, P Seroja, 64, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mazuliana Abdul Rashid.
Artikel berkaitan: Pengasuh Baby Syifaa Dipenjara Setahun & Denda RM 15,000
Artikel berkaitan: “Sekarang dia trauma, tak boleh dengar suara kuat” – Ibu Bayi Tular Dider* Pengasuh
Berdasarkan pertuduhan, mereka telah didakwa sebagai individu yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun 7 bulan, telah menganiayainya sehingga mangsa mengalami kecederaan pada anggota badan tersebut.
Menurut sumber, kesalahan itu didakwa dilakukan di unit kediaman di Jalan Pudu Impian antara Februari hingga 3 April lalu. Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan di mana tertuduh berdepan dengan hukuman.
Denda boleh dikenakan tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Ravindejit Kaur tidak mencadangkan bahawa kedua-dua tertuduh untuk diberikan ikat jamin.

Namun, beliau berkata pihak pendakwaan mencadangkan mereka dikenakan kadar ikat jamin yang tinggi seandainya mahkamah mahu menggunakan budi bicara utuk memberikan jaminan.
Sementara itu, peguam, Mohammad Arifin Abdul Wahab telah merayu agar anak guamnya dikenakan jaminan rendah dengan alasan Saranya bakal bersalin anak keenam dalam masa terdekat dan Seroja pula tidak bekerja, ditambah dengan penyakit darah tinggi.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Mazuliana membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM 15,000 dengaan seorang penjamin.
“Kedua-dua tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan, tidak mengganggu mangsa, keluarganya dan saksi pendakwaan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes dan serahan dokumen pada 18 Mei depan.”
Sumber: Sinar Harian

13 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















