Pembukaan Rasmi Sunway Square Mall – Nadi Gaya Hidup Dan Rekreasi Terbaharu Komuniti Sunway City Kuala Lumpur

6 hours ago 6

Penantian sudah berakhir! Sunway Square Mall kini dibuka secara rasmi, menandakan kelahiran sebuah hab komuniti empat tingkat seluas 320,000 kaki persegi yang mesra haiwan peliharaan, terletak di tengah-tengah Sunway City Kuala Lumpur.

Sebagai komponen utama dalam pembangunan bersepadu Sunway Square, pusat beli-belah ini menyediakan ruang yang menyatukan gaya hidup dan rekreasi, direka khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan komuniti setempat.

M5X01405 copy

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls, HC Chan berkata: “Pengalaman jenama diteruskan di Sunway Square Mall apabila kami membukanya kepada orang awam dengan 95% kedai telah mula beroperasi. Pusat beli-belah ini merupakan sebahagian daripada Sunway Square, sebuah pembangunan berwawasan yang direka untuk mengintegrasikan pelbagai ruang bagi memenuhi keperluan seni, perdagangan, pendidikan, dan perniagaan.” 

M5X01705 copy

Pusat beli-belah ini menghimpunkan lebih 130 kedai, yang terdiri daripada pelbagai jenama tersohor bagi memenuhi keperluan pengunjung. Pengunjung boleh mendapatkan produk segar dan keperluan harian di Village Grocer; memupuk bakat seni kanak-kanak di Tutu Toe Dance Academy, mencuba aktiviti panjat batu di BUMP Bouldering, atau mencari barangan gaya hidup unik di KKV. Sementara itu, Library by BookXcess yang beroperasi 24 jam bersama Kenny Hills Bakers menawarkan ruang pembelajaran dan pertemuan sosial yang ideal, khususnya buat pelajar Sunway University dan komuniti sekitar.

Sebagai sebuah pusat yang meraikan kreativiti dan semangat kejiranan, Sunway Square Mall juga merupakan rumah kepada Squarrel — maskot ceria hasil rekaan artis komik tempatan, Ernest Ng, yang terkenal dengan siri ‘Bro, Don’t Like That La, Bro’. Berbentuk empat segi, lembut dan comel, Squarrel melambangkan semangat positif dan rasa ingin tahu, sambil membawa keceriaan yang mudah ‘berjangkit’.

Sunway Square Mall turut menyerlahkan kreativiti melalui reka bentuk dalaman yang diinspirasikan oleh semangat seni Pusat Seni Persembahan Jeffrey Cheah yang bakal dibuka pada 2026. Antara ciri ikoniknya ialah tangga gaya Sepanyol dan struktur gerbang keluli di Aras 1 — elemen yang membangkitkan emosi dan mencetuskan inspirasi dan pastinya mesra Instagram. Pengunjung juga dapat menikmati enam arca hasil karya artis residen Sunway, Infantino Fernandes, iaitu Brass, Bass, Strings, Poise, Grace dan Masque, yang dipamerkan di seluruh pusat beli-belah ini.

M5X01870 copy

Pengunjung yang suka bersiar-siar juga boleh mengakses Sunway South Quay Lake & Park, sebuah taman tasik indah dan mesra haiwan peliharaan, melalui lif kaca dari aras LG, LG1, B1, B2, B3 dan B4. Di sini, anda boleh menikmati masa berkualiti bersama haiwan kesayangan di Squarrel Pet Playground atau bersantai sambil menikmati pemandangan tasik indah berlatarbelakangkan air terjun.

Kesemua kemudahan ini melengkapi pembangunan bersepadu Sunway Square, yang turut menempatkan kampus baharu Sunway University, yang merangkumi Sekolah Perniagaan Sunway serta Fakulti Seni dan Sains Sosial. Lokasi strategiknya dalam ‘bandar 15 minit’ Sunway City Kuala Lumpur menawarkan akses mudah melalui Canopy Walk serta sistem Bus Rapid Transit (BRT).

M8X04346 copy

Semua pengunjung dijemput memeriahkan sambutan pembukaan yang sedang berlangsung! Antara acara dan ganjaran hebat termasuk:

Kempen Belanja & Tebus 

Sehingga 22 Februari 2026, pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk Apple iPad 11 inci, Sony PS5, Nintendo Switch 2, Xiaomi A Pro 43, Xiaomi Ionic Hair Dryer H300 dan banyak lagi. Dengan setiap perbelanjaan RM150 (RM100 untuk pemegang kad UOB) dalam maksimum tiga resit, pengunjung layak menerima satu penyertaan cabutan bertuah, parkir percuma, serta menebus Squarrel Blindbox edisi terhad.

Promosi Eksklusif Penyewa 

Nantikan promosi pembukaan selama 4 hari, yang merangkumi kopi, teh susu, bagel, yogurt, sushi dan banyak lagi — semuanya percuma! 

Barangan Eksklusif Squarrel 

M5X01947 copy

Lebih lagi promosi pembukaan menanti! Pengunjung boleh mendapatkan rantai kunci Squarrel edisi terhad, beg kertas gergasi dan baucar makanan sehingga 12 Disember. Muat turun Sunway Super App untuk menebus tawaran ini dan tunjukkan baucar di kaunter penebusan yang terletak di Main Concourse.

Parkir Percuma 

Sebagai tanda penghargaan, pengunjung boleh menikmati parkir percuma dari 11 hingga 14 Disember bagi memudahkan mereka menghadiri sambutan pembukaan dan meneroka hab baharu ini. Mulai 15 Disember 2025 hingga 22 Februari 2026, perbelanjaan minimum RM30 melayakkan pengunjung menikmati parkir percuma. Sementara itu, perbelanjaan RM150 ke atas (atau RM100 bagi pemegang kad UOB) melayakkan pengunjung menerima parkir percuma berserta satu Squarrel Blindbox.

Layari laman web rasmi Sunway Square Mall untuk maklumat lanjut mengenai parkir.

Acara Akan Datang

Kehadiran pusat beli-belah baharu pastinya diserikan dengan acara menarik sepanjang bulan! Antara acara yang wajib dikunjungi di Sunway Square Mall termasuk:

  • Hoholand (11 – 14 Disember 2025) – Sambutan Krismas bersama KOL tempatan, jenama, bazar dan persembahan.
  • Sunset In The City (Sunset Euphoria Market) (19 Disember 2025 – 4 Januari 2026) – Rasai keindahan suasana matahari terbenam sambil menikmati bazar dan persembahan eksklusif.
  • Sambutan ‘Countdown’ (31 Disember 2025) – Raikan ketibaan tahun 2026 di tepi tasik dengan bazar, persembahan dan pertunjukan bunga api.

Pembukaan Sunway Square Mall menandakan lembaran baharu buat komuniti di sekitarnya. Ia bukan sekadar pusat beli-belah, tetapi hab bersepadu yang menjadi nadi utama Sunway Square dan Sunway City Kuala Lumpur – destinasi pilihan untuk berhubung, berkumpul dan mencipta kenangan indah.

Untuk maklumat lanjut dan direktori lengkap penyewa, layari laman web rasmi atau ikuti halaman Facebook dan Instagram Sunway Square Mall.

Jangan lupa sertakan tanda pagar #SunwaySquareMall, #GrandOpening dan #Squarrel.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |