Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman muncul menjadi pembayar zakat perniagaan tertinggi pada tahun ini dengan nilai keseluruhan sebanyak RM2 juta kepada Lembaga Zakat Selangor menerusi syarikatnya, D’herbs Holdings Sdn Bhd.
Aliff yang memenangi Seller Terpaling Popular dalam anugerah ABPBH 37 baru-baru ini berkata, pengiktirafan tersebut bukan sahaja membuatkannya berasa teruja dan bangga, malah sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang dikurniakan.
Usahawan itu hadir bersama isterinya, Datin Seri Shahida serta anak sulungnya, Ammar Ahyan bagi sesi penyerahan replika cek kepada Lembaga Zakat Selangor dalam acara yang berlangsung di Wisma PKPS Shah Alam hari ini.
“Alhamdulillah, sejujurnya saya tak tahu nilai keseluruhan yang dikeluarkan oleh syarikat saya untuk tahun ini kerana isteri saya yang uruskan akaun syarikat.
“Sebagai seorang yang pernah menerima bantuan zakat satu ketika dahulu, saya rasa bersyukur kerana kini saya pula menjadi antara pembayar zakat tertinggi di Selangor.
“Saya ni sekolah tak pandai. SPM pun gagal. Bila menjadi antara pembayar zakat tertinggi bersama individu hebat dan syarikat besar yang lain, sudah tentu saya rasa bangga,” katanya.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Menangis Kegembiraan Apabila Diumumkan Antara Pembayar Terbesar Zakat Selangor
Artikel berkaitan: “Pergh berbaloilah selalu kena marah” – Netizen Teruja Amayan Dapat Porsche, Sampai Terlompat-lompat Gembira!
Mula bayar zakat perniagaan sejak usia 19 tahun
Aliff turut berkongsi, dia sudah menjalankan amanah ini sejak berusia 19 tahun lagi walaupun ketika itu jumlah yang dibayar hanya RM7.
“Ketika itu gaji saya RM650 sahaja. Tetap saya tetap mahu membayar zakat pendapatan. Jadi setiap bulan saya akan bayar RM7. Mungkin RM7 itu kecil tetapi sangat besar bagi yang memerlukan.
“Alhamdulillah setiap tahun jumlah itu meningkat sehinggalah sekarang saya mampu membayar RM2 juta,” ujarnya.
Sementara itu, Shahida turut memaklumkan tahun 2025 menjadi tertinggi dalam sejarah buat syarikat mereka mengeluarkan zakat perniagaan.
“Semua ini adalah berkat menjual jeruk mangga, beg dan macam-macam lagi produk kami.
“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menyokong kami. Anda juga adalah sebahagian daripada penyumbang zakat ini,” katanya.
Selain D’herbs Holdings Sdn Bhd, 55 lagi syarikat lain turut tersenarai antara pembayar zakat perniagaan tertinggi dengan jumlah keseluruhan RM22.15 juta.
Sumber: Kosmo!

2 days ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















