syaz ft 2025 12 19T165148.889

Kenyataan Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, berkaitan bantuan daripada Malaysia sekali lagi menjadi perhatian umum.

Kali ini, Tan Sri Datuk Dr Rais Yatim, bekas Menteri Luar Malaysia, telah menyentuh soal etika, adab berbahasa serta kepentingan menjaga hubungan baik antara negara jiran.

Tan Sri Datuk Dr Rais Yatim menyuarakan keprihatinan terhadap kenyataan Menteri Dalam Negeri Indonesia itu yang disifatkan seolah-olah memperkecilkan nilai bantuan tersebut. Menurutnya, sikap sedemikian tidak mencerminkan budi bahasa yang sepatutnya dijunjung oleh negara serumpun.

Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Terguris Hati Dengan Kenyataan Menteri Indonesia, Dakwa Bantuan Diberi Tak Seberapa

Artikel berkaitan: Kementerian Maritim Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun

Hmmm 🫠 pic.twitter.com/C8uANxAfpE

— Maudy Asmara (@Mdy_Asmara1701) December 19, 2025

“Kami menerima dengan dukacita reaksi Menteri Dalam Negeri rakan kita di seberang, yang diumumkan sebagai perkara kecil dan sumbangan yang tidak berpatutan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa soal bantuan tidak seharusnya diukur berdasarkan besar atau kecil nilai sumbangan semata-mata.

Malah, katanya, bantuan dalam jumlah yang kecil sekali pun wajar dihargai sebagai tanda keprihatinan dan semangat solidariti.

Dalam masa sama, beliau turut menegur kenyataan yang dibuat kepada khalayak antarabangsa, yang menurutnya boleh menimbulkan persepsi kurang baik terhadap imej di peringkat global.

Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap naratif yang seolah-olah menggambarkan bantuan berjumlah AS$60,000 sebagai sesuatu yang tidak bermakna.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa Indonesia dan Malaysia mempunyai akar budaya yang sama, yang menekankan kepentingan adab, empati, dan rasa saling menghargai.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.