lagu kegemaran barack obama

Memandangkan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum kita semua melangkah masuk ke tahun baru 2026, mesti ramai yang buat throwback pencapaian yang telah berjaya dicapai untuk tahun 2025 ini.

Namun, untuk mantan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ini pula, beliau telah berkongsi senarai buku, filem dan lagu yang menjadi kegemarannya untuk tahun 2025 ini.

11

Apa yang menjadi perhatian adalah lagu Jump oleh kumpulan K-Pop popular, Blackpink yang baru dikeluarkan pada bulan Julai 2025 lalu telah menjadi antara lagu kegemaran Obama.

Selain lagu dari kumpulan Blackpink itu, lagu Luther nyanyian Kendrick Lamar dan Sza, Nice to Each Other oleh Olivia Dean dan Abracadabra oleh Lady Gaga turut menjadi kegemaran bekas presiden itu.

10

Artikel Berkaitan: Kumpulan Blackpink Pecah Rekod, Jadi Artis Pertama Miliki 70 Juta Subscribers Di YouTube

Artikel Berkaitan: Bandingkan BLACKPINK Dengan Siti Nurhaliza, Kenyataan Individu Ini Jadi Bualan Ramai

Antara buku yang menjadi kegemarannya pula untuk tahun ini adalah buku nukilan oleh Beth Macy yang berjudul Paper Girl dan Flashlight hasil tulisan Susan Choi.

Manakala filem dari Korea Selatan, No Other Choice yang dibintangi oleh Lee Byung-hun dan Son Ye-jin pula berjaya menambat hati Barack Obama sebagai antara filem kegemarannya untuk tahun ini.

Sumber: X @BarackObama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.