“Itu pemberian orang” – Tular Guna iPhone Di ABPBH, Hazwani Helmi Tampil Beri Penjelasan

12 hours ago 8

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH37) baru sahaja berlangsung pada Jumaat lepas, umum sedia maklum bahawa pelakon, penyanyi dan aktivis Heliza Helmi telah memenangi kategori Aktres Pembantu Filem Popular dalam anugerah tersebut.

Berbeza dengan calon dan pemenang lain, Heliza menggunakan peluang ini untuk mengangkat isu Palestin, lapor Berita Harian.

Artikel berkaitan : Berseloroh Hazwani Helmi Ciri-ciri Kesukaan Keanu Azman, Ini Respon Heliza Helmi

Artikel berkaitan : “Dia f*ght polis” – Kerana Koordinator GSF, Iylia, Heliza & Hazwani Tidak Perlu Tanggal Tudung

Guna iPhone 17 Pro Max 

Rasanya tidak perlu diperjelaskan lagi sumbangan Heliza dalam memperjuangkan Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis ini.

Oleh sebab itu, timbul pula pertikaian dalam kalangan netizen apabila tular satu gambar yang memperlihatkan adiknya yang juga seorang aktivis, Hazwani Helmi sedang merakam kejayaan Heliza di pentas menggunakan telefon pintar keluaran terkini iaitu iPhone 17 Pro.

Screenshot 2025 12 15 111614

Ia sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, ada yang mengecam dan ada juga yang menyebelahi mereka.

heliza

Di samping itu, aktivis Caprice juga turut bersuara dan mendakwa bahawa ia tidak perlu dijadikan isu kerana mereka bukanlah mempromosikan produk tersebut.

Android ni merupakan salah satu penyumbang terbesar juga – Hazwani

Terpanggil dengan isu tersebut, tuan empunya badan, Hazwani Helmi baru-baru ini ada tampil memberikan kenyataan.

Katanya, peranti tersebut merupakan pemberian orang dan dia manfaatkan peranti tersebut untuk keperluan membuat kandungan video memandangkan peranti itu mempunyai ruang memori yang besar serta mudah untuk digunakan.

“Tujuan kita pakai itu sebab dia ada ruang yang lebih besar, sebab saya memang buat suntingan video sendiri, jadi untuk memudahkan urusan seperti muat naik video, nak sunting nak airdrop dan sebagainya, jadi kita menggunakan telefon tersebut.”

Dalam pada itu, Hazwani terbuka jika ada mana-mana produk tempatan yang mempunyai kualiti sehebat telefon pintar itu dan sedia untuk menukarnya. Di samping itu, Hazwani turut menjelaskan bahawa jenama Android juga antara merupakan penyumbang terbesar kepada Zionis.

“Kalau ada perisian (software) yang sebagus ini, semestinya saya akan memilih produk tempatan ataupun peranti lain berbanding dengan IP (iPhone) ini, cuma ada benda baru yang saya nak kongsikan, sebenarnya, Android adalah salah satu penyumbang terbesar juga. iPhone rasanya 20% dan Andorid dalam 70%.”

Sumber: Berita Harian, X, Facebook Reels

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |