Rasi Jiwa Live In KL: Malam ‘Healing’ Dengan Suara Penuh Perasaan Bersama Ghea Indrawari

15 hours ago 12

Mana yang sedang bersedih tu? Tengah cari cara nak layan emosi tapi tak tahu macam mana? Apa kata korang bersedia sebab…

Ghea Indrawari akan buat konsert solo pertamanya, Rasi Jiwa Live in Kuala Lumpur di Zepp KL, 8 Mei 2026 ini!

Saveclip.app 610691075 18551342428052018 583193737769976675 N

Dengan lagu hit ‘Jiwa Yang Bersedih’, penyanyi terkenal dari Indonesia ini bakal bawa korang selami malam penuh rasa dan emosi. Setiap lirik pasti buat korang rasa relatable.

Konsert Rasi Jiwa Live in KL ni bukan sekadar konsert tapi ruang intim peminat bersama Ghea Indrawari. Setiap lirik, setiap nada, dan setiap lontaran suara Ghea Indrawari akan bawa korang menyelami emosi yang paling dalam, dalam satu malam yang penuh rasa dan makna.

Perjalanan Ghea Indrawari bermula di pentas Indonesian Idol pada tahun 2018, di mana emosi dalam setiap nyanyiannya berjaya menawan hati ramai.

Menamatkan pertandingan di Top 5 bukan penamat, sebaliknya titik permulaan untuk Ghea terus melangkah sebagai bintang pop yang semakin menyerlah.

Saveclip.app 491496754 18498952705052018 5263494353614030517 N

Bukan hanya dikenali dengan suara, Ghea Indrawari juga banyak menulis lirik lagunya sendiri.

Dengan tema cinta, patah hati dan refleksi diri, tak hairanlah setiap karyanya mudah ‘kena’ dan dekat di hati pendengar.

Salah satu lagu terbesar Ghea menjadi sensasi viral bukan sahaja di Indonesia tetapi di seluruh Asia Tenggara.

1280X1280

Lagu Jiwa Yang Bersedih’ ini bukan sekadar hit, ia mendominasi carta Billboard Indonesia Songs selama 8 minggu berturut-turut dan turut tular di TikTok serta pelbagai platform penstriman lain.

Lagu ini juga berjaya mencatat lebih 410 juta penstriman keseluruhan di platform Spotify Malaysia, membuktikan betapa dalamnya ia menyentuh jiwa.

Kalau korang nak tahu, Ghea Indrawari adalah salah seorang Spotify EQUAL Ambassador, sebuah program global yang menampilkan artis wanita berpengaruh dari seluruh dunia.

Wajahnya juga pernah dipaparkan pada papan iklan di Times Square, New York!

Saveclip.app 380180105 18303067906138734 5799834607215720695 N

Ini merupakan satu pencapaian epik untuk Ghea Indrawari sebab bukan senang nak nampak muka sendiri terpampang di Billboard Times Square!

Dengan Konsert Rasi Jiwa Live in KL, Ghea Indrawari nak bawakan mesej yang dekat dengan realiti generasi muda hari ini yang penuh cabaran dalam menghadapi fasa kehidupan yang tak menentu.

“ ‘Rasi Jiwa’ menolak idea bahawa kita harus sentiasa baik-baik saja. Ia mengajak kita menerima proses hidup yang kadang-kadang jatuh, bingung dan belum selesai,” – katanya.

Zepp, KL menjadi pilihan untuk Konsert Rasi Jiwa Live in KL, menjanjikan pengalaman yang dekat dan peribadi bersama Ghea Indrawari.

Tiket untuk konsert ini telah mula dijual dengan 6 kategori dengan setiap nama diinspirasikan daripada fasa kehidupan.

Harga tiket Konsert Rasi Jiwa Live in KL bermula dari:

  • Cat 1 Bahagia (free standing) – RM 238
  • Cat 2 Berjuang (free standing) – RM 218
  • Cat 3 Bersedih (free standing) – RM198
  • Cat 4 Berdamai (seated) – RM368
  • Cat 5 Bertahan (seated) – RM338
  • VIP Suite – RM600 per pax / RM5,000 fits 10 pax

Nak lebih dekat dengan Ghea Indrawari? Tambah pakej Meet & Greet bermula dari RM300 atau Express Lane hanya RM30.

Saveclip.app 611405209 18551342419052018 3159616000543633452 N

Saveclip.app 610744302 18551342437052018 3721927490905351495 N

Konsert Rasi Jiwa Live in KL menjanjikan pengalaman musik yang lebih mendalam, sekaligus membuka lembaran baru untuk Ghea Indrawari melebarkan sayapnya ke peringkat serantau.

Jangan lepaskan peluang untuk dengar nyanyian Ghea Indrawari secara live bulan Mei ini! Korang boleh beli tiket terus di sini.

Dapatkan maklumat lanjut tentang Konsert Rasi Jiwa Live in KL di Instagram @gheaindrawari dan @semangatzamanmusic . Jumpa korang 8 Mei ini di Zepp, KL!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |