Pelakon Azar Azmi tidak mampu menahan sebak sewaktu bercerita mengenai dugaan yang dilaluinya, dia bersuara selepas dibebaskan oleh pihak polis akibat direman bagi membantu siasatan kes penipuan penjualan tanah kurnia dengan kerugian RM 1.5 juta.
Azar meluahkan bahawa dia kini lelah dengan kehidupannya dan menegaskan bahawa dia tidak melakukan perkara yang didakwa.
Artikel berkaitan: “Saya ada 9 anak perlu tanggung” -; Suami Azar Azmi Mengaku Tak Bersalah, Mohon Jaminan Dikurangkan
Artikel berkaitan: Pelakon Wanita Direman 3 Hari Lepas Polis Berjaya Berkas Bersembunyi Di Sebuah Madrasah
Aku dah penat – Azar Azmi

“Aku penat sebenarnya hidup. Yang aku rasa macam ‘dah la that is it, hidup aku dah tak ada la’. Kalau aku buat benda tu, aku puas hati. Nak tangkap aku, kau ambil.”
“Okey, aku dah habis enjoy dah benda-benda tu semua. Tapi masalahnya dah la kesilapan aku sebab terlalu percaya kepada orang,” katanya.
Dedah Azar lagi, dia hanya bertahan dalam rumah tangganya demi anak-anak meskipun impikan keluarga yang bahagia.
“Saya tak tahulah, tapi kalau nak bandingkan dengan pasangan-pasangan lain, saya tengok… saya jenis yang saya rasa saya lebih kepada menjaga anak-anak.”
“Sebab itulah juga saya bertahan. Sebab saya mengimpikan satu keluarga yang saya tak nak fail, biarlah sampai mati. Tapi saya tak sangka benda jadi macam ni.”
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim memberitahu bahawa pelakon usia 35 tahun itu telah dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan kedua-dua kes.
Dalam prosiding berkenaan, suaminya Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan. Mohd Apri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
Sumber : Gempak

12 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















