ft tanah runtuh

Seorang wanita meluahkan rasa bengang dengan sikap ‘lepas tangan’ kontraktor daripada sebuah syarikat penyedia perkhidmatan air kerana telah menyebabkan rumahnya dinaiki air banjir.

Dalam satu video yang berdurasi 2 minit 8 saat di TikTok itu, wanita yang dikenali sebagai @finasuhaimy ini mendakwa pihak terbabit telah membuat kerja korek tanah untuk pengendalian paip sehingga menyebabkan tanah runtuh di depan rumahnya.

Artikel berkaitan : Rossa Agih Zakat RM122,000 Kepada Mangsa Bencana Banjir Di Sumatera

Artikel berkaitan : Sebulan Bergelap Akibat Banjir, Aisar Khaled Bantu Salur Bekalan Elektrik Buat Penduduk Aceh Tamiang

“Dari minggu lepas banjir tak settle, berapa kali nak cuci rumah ni”

Wanita tersebut turut mengatakan pihak tersebut membuat kerja separuh jalan dan ia memberi kesan besar terhadap rumah yang dihuninya.

“Dari minggu lepas, hari ini dah hari Ahad tak datang-datang, sampai longkang di rumah saya dah tersumbat dengan tanah, suruh korek longkang katanya bukan kerja kitaorang kak, ini kerja majlis perbandaran.”

Dakwa wanita ini lagi, dia telah membuat kiriman emel kepada pihak majlis perbandaran tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak mereka.

Dalam video yang telah meraih lebih 620,000 jumlah tontonan dalam masa 18 jam itu, Fina menunjukkan keadaan sekeliling di luar dan di dalam rumahnya yang kini dinaiki air disebabkan longkang tersumbat akibat perbuatan ‘lepas tangan’ kontraktor tersebut.

Dapat dilihat air keruh yang dipercayai air tanah merah yang berbau busuk itu masuk ke dalam rumahnya. Jelas Fina lagi, banjir yang berlaku pada minggu lepas itu meleret hingga ke hari ini.

@finasuhaimy

Dari weekend minggu lepas tak settle lagi tanah runtuh depan rumah saya ni. Takkan setiap kali hujan saya kena cuci rumah? Menunggu Air Selangor ni ambil tindakan, agaknya sampai satu rumah banjir pun takkan datang agaknya!

♬ original sound – Fina Suhaimy – Fina Suhaimy

Namun begitu, menjengah ke ruangan komen, Fina menjelaskan bahawa pihak syarikat bekalan air tersebut telah datang ke rumahnya untuk tindakan lanjut.

Screenshot 2026 01 12 131505

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.