Selepas seminggu kemelut yang melanda keluarga pelakon, Abby Abadi, anak perempuannya iaitu Marissa Dania akhirnya telah hadir bertemu dengan ibunya untuk memohon maaf.
Difahamkan, Marissa Dania telah datang menemui Abby Abadi bersama bapanya yang juga bekas suami Abby, Norman Hakim dan detik-detik tersebut sempat dirakam kerana Marissa hadir ketika Abby sedang membuat siaran live di TikTok untuk produk-produk jualannya.
Dalam siaran live TikTok tersebut, dapat dilihat Norman Hakim telah muncul di dalam siaran berkenaan dengan membawa bunga.
@abbyabadi.exclusiveKoranggggg.. yg ni…. di luar jangkaan.. Maafkan Sy. Nanti Sy cerita panjang lebar ye…… 🥹😶🌫️ Sy share sikit dulu…. nanti Sy share lagiii.. Sy keluar kan yg ada suara ye biar lagi jelas. Takde drama, takde nk prank ke apa.. memang inilah dia 😏 Yg pasti Sy mohon terus Doakan yg baik2 utk kita semua 🙏🏻
♬ bunyi asal – PokJatt.. 🎶🌹 – PokJatt.. 🎶🌹
Artikel Berkaitan: “Saya cuba hubungi ibu saya secara baik melalui WhatsApp tapi semua tak diendahkan”- Marissa Dania
Artikel berkaitan: “Ya saya berkahwin secara senyap, tapi…” – Aslam Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Abby Abadi
Tidak lama kemudian, anaknya, Marissa muncul dengan memeluk ibunya sambil memohon maaf kepada Abby.
@peah0163Bagus jugakkan bawak anak minta maaf kat ibu dia 😘 Didoakan semoga Abby jumpa jalan penyelesaian dari semua masalah ini.Dan diharapkan watak antogonis tersebut akan muncul pulak untuk meminta maaf 😏 siapa lagi kalau bukan Aslambul
Dapat dilihat Abby seakan menitiskan air mata sebelum menutup siaran langsung TikTok berkenaan.
Difahamkan, Norman Hakim turut meminta maaf daripada Abby kerana sedar dirinya juga banyak kelemahan dan kekhilafan.
Meninjau ke akaun Instagram Norman, dia telah memuat naik sekeping fotonya bersama isteri, Memey Suhaiza, Marissa dan Abby Abadi sedang makan malam bersama di sebuah restoran.
Foto tersebut dikongsi di Instagram beserta kapsyen, “Deep talk over dinner”.