Seorang anggota polis berpangkat koperal telah putus sebahagian telinga kiri selepas seorang lelaki warga asing telah mengigit telinga mangsa.
Menurut laporan Sinar Harian, lelaki tersebut merupakan warga Nigeria yang berada di negara ini tanpa memiliki dokumen perjalanan sah.
Kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu apabila anggota polis tersebut bersama seorang lagi rakan setugasnya telah ke sebuah klinik swasta di Metro Prima, Kuala Lumpur selepas pihak polis menerima panggilan kecemasan berkait kes pesakit warga asing yang membut kekecohan di klinik tersebut.
Difahamkan, ketika dimasukkan ke dalam kereta peronda, suspek secara tiba-tiba menggigit telinga kiri polis berkenaan meskipun sebelum itu suspek telah dapat ditenangkan oleh pihak polis.

Artikel Berkaitan: Tragedi Cuti Sekolah, Cuping Telinga Anak P*tus Digigit Kuda Ketika Bergambar
Artikel berkaitan: “Tak dibius” – Wanita Kesal Bawa Berkhatan Cara Tradisional, Anak Alami Pend*rahan Teruk Selepas Bersunat
Mangsa yang digigit itu kemudianya segera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat kerana pendarahan yang teruk.
Suspek pula kemudiannya direman selama empat hari bermula Sabtu semalam kerana mencederakan anggota polis.
Suspek juga didapati positif dadah setelah ujian air kencing dijalankan terhadapnya.

Sumber: Sinar Harian