lukisan karikatur Fahmi Reza

Tular di media sosial lukisan kartun satira dengan wajah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan iaitu Mohamad Sabu pada lukisan paket beras.

Difahamkan, lukisan karikatur dengan wajah menteri tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan dakwaan kewujudan kartel beras yang didedahkan media baru-baru ini.

Lukisan karikatur tersebut telah dibuat oleh Fahmi Reza iaitu seorang pereka grafik dan juga aktivis politik Malaysia yang kemudiannya dikongsikan di Facebook.

fahmi reza

Lukisan tersebut telah menjadi tumpuan ramai di mana setakat ini, ia telah meraih sekitar 11 ribu tanda suka daripada warganet.

Walau bagaimanapun, Mohamad Sabu dilihat telah meninggalkan komen positif di perkongsian Facebook lukisan karikatur wajahnya oleh Fahmi Reza itu.

Mohamad Sabu Menteri Pertanian Keterjaminan Makanan

Artikel Berkaitan: Selepas Dihalau Dari IPTA, Kelas Demokrasi Fahmi Reza Disambut Baik IPTS Siap Galak Student ‘Join’

Artikel Berkaitan:  Fahmi Reza Dihalau Masa Buat Kelas Demokrasi Di IPT, Ini Respon Maszlee Malik

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada Fahmi atas karyanya itu.

Terima kasih atas karya Saudara Fahmi. Insha-Allah, saya akan terus berusaha agar reformasi besar-besaran sektor padi dan beras dapat dijayakan dan keberhasilan beras tempatan mencapai sasaran. Doakan ya,” tulis Mohamad Sabu di ruangan komen lukisan tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ada warganet yang berpendapat bahawa karya satira itu seperti melampau batas.

WhatsApp Image 2025 03 08 at 11.23.43 AM

Sumber: Facebook Fahmi Reza, Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.