Suntikan Typhoid

Nampaknya kontroversi yang melanda usahawan piza wagyu yang dikenali sebagai Jofliam masih hangat diperkatakan di media sosial.

Terkini, Jofliam menerusi Instagram Story telah berkongsikan bukti bahawa dia sememangnya mengambil suntikan typhoid untuk berniaga piza wagyunya.

WhatsApp Image 2025 04 26 at 11.49.01 AM

Artikel Berkaitan: Thermomix, Air Fryer Antara 12 Barang Yang Dituntut Cik Epal, Minta Jofliam Pulangkan Apabila Hantar Anak-anak Nanti

Artikel berkaitan : Didakwa Mengganggu Ketenteraman Awam, Netizen Buat Aduan Terhadap Perniagaan Piza Jofliam

Menerusi perkongsian IG Story itu juga, dia turut menunjukkan bukti sijil kursus pengendalian makanan serta bukti suntikan vaksin typhoid di sebuah klinik swasta.

Selain itu, dalam gambar yang dikongsikan itu, dapat dilihat dokumen dengan logo SSM.

Jofliam turut mengatakan dia mempunyai dokumen lengkap sejak tahun 2023 untuk berniaga kerana dia beroperasi secara berlesen di unit itu.

Dia juga mengatakan dia akan bertemu dengan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada minggu hadapan untuk berbincang.

Difahamkan, Jofliam berkongsikan bukti-bukti tersebut setelah ada individu yang mendakwa bahawa dia tidak mengambil suntikan typhoid untuk berniaga makanan.

WhatsApp Image 2025 04 26 at 12.32.36 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.