Juara Piala Malaysia lapan kali, Perak FC, secara rasmi menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan akibat masalah kewangan yang berpanjangan.
Perkara itu disahkan Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi. Beliau memaklumkan bahawa segala usaha telah dilakukan untuk membangunkan skuad The Bos Gaurus termasuk membelanjakan hampir RM40 juta dalam tempoh tiga tahun.
Berat hati untuk kami menyatakan perkara ini, namun masanya sudah tiba. Kami secara rasmi menarik diri daripada Liga Super musim depan dan menamatkan perjalanan Perak FC.”
Azim menjelaskan, walaupun mereka berjaya menyelesaikan beban hutang gaji hampir RM8 juta, kekurangan sokongan daripada sektor awam dan swasta di Perak serta kegagalan mencapai sasaran langganan TBG telah menjejaskan kelangsungan kelab.
Beliau turut memaklumkan pasukan akan terus beroperasi buat sementara waktu untuk menjual baki barangan kelab bagi mengumpul dana menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan staf.
Sumber: Buletin TV3