bonda rozita aliff syukri

Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang hubungan usahawan popular Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita dengan anak-anaknya termasuklah usahawan, Aliff Syukri Terlajak Laris.

Hubungan mereka dikatakan mempunyai masalah apabila adik ipar Bonda Rozita iaitu pelakon, Rebecca Nur Al-Islam dikatakan telah berselisih faham dengan anak dan menantu Bonda Rozita.

Terkini, Aliff Syukri menerusi Instagram dan TikTok telah berkongsi pertemuannya dengan Bonda Rozita secara tidak sengaja di acara sekolah anaknya kerana anak dan adik Aliff Syukri bersekolah di sekolah yang sama.

Difahamkan, pertemuan itu menjadi perhatian ramai kerana menurut Aliff Syukri, dia sudah lama tidak bertemu dengan ibunya itu sejak isu hangat melibatkan keluarga suami baru Bonda Rozita.

@papalarisofficial

k salah kalau kita mengalah 🙏🏻🙏🏻❤️ . . Dah lama tak berjumpa dengan bonda saya,sejak isu hangat ni,saya memilih utk berdiam dan tidak berjumpa…. Lagi pun x nak ganggu org tgh darah manis.. tapi percaturan allah itu besar… hari ni dgn izin Allah kami berjumpa di Majlis Suka sekolah anak saya,kebetulan adik saya juga bersekolah di sekolah yg sama dengan anak2 saya..tak akan sy nak lari kot jumpa mak sy..sy mengalah lahh…..pertemuan ni merungkai segalanya dan segala emosi sudah dibuang ketepi….. KRI dan anak2 lain sayang mak sampai bila2…. adalah mana ada keluarga yang bahagia sahaja kita sebagai anak sebenarnya kena banyak mengalah kena banyak bersabar.. kena banyak berdiam alhamdulillah ada manis di penghujungnya❤️❤️ terima kasih doa kalian yang sentiasa mendoakan keluarga kami bahagia amin amin ya Rabbal alamin saya hargai sangat

♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman

Artikel berkaitan : “Tolong stop tanya soalan ni” – Anak Bonda Rozita Ibrahim Dedah Ibu Sudah Bercerai & Berkahwin Lain

Artikel Berkaitan: Rebecca Nur Al-Islam Sangkal Dakwaan Berhutang Dengan Kakak Ipar RM1.5 Juta

Ini kerana menurut perkongsian Aliff Syukri, dia memilih untuk berdiam dan tidak berjumpa dengan ibunya itu sejak isu hangat melibatkan keluarga mereka baru-baru ini kerana tidak mahu mengganggu ibunya.

Namun, percaturan Allah itu besar, hari ini dengan izin Allah kami berjumpa di majlis sukan anak saya, kebetulan adik saya juga bersekolah di sekolah yang sama dengan anak-anak saya. Takkan saya nak lari dari berjumpa dengan ibu saya. Jadi, saya mengalah lah,” tulisnya menerusi ruang kapsyen di platform media sosial TikTok & Instagram.

Selain turut memohon maaf daripada Bonda Rozita, Aliff Syukri juga mengatakan bahawa dia dan adik beradiknya yang lain tetap menyayangi Bonda.

17 3

Sumber: TikTok Aliff Syukri Kamarzaman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.