Alami Suasana Paris di Mana Sahaja Anda Berada dengan Koleksi Edisi Terhad “Live Paris, Live Young” daripada evian®

2 days ago 14

Kuala Lumpur, 26 Mei 2025 – evian®, jenama air mineral semula jadi terkenal dari Pergunungan Alps Perancis, dengan sukacitanya memperkenalkan siri edisi terhad terbaharunya, ‘Live Paris, Live Young’ di pasaran Malaysia. Koleksi eksklusif ini meraikan keanggunan dan semangat bertenaga kota Paris, seiring dengan dedikasi evian® dalam menginspirasi gaya hidup yang penuh dengan keceriaan dan jiwa muda.

Kerjasama antara evian® dengan ilustrator Jepun yang dihormati, Kanako Kuno, yang kini menetap di Paris, mempersembahkan lima rekaan botol edisi khas yang memaparkan keunikan kehidupan harian masyarakat Paris. Setiap rekaan menggambarkan suasana penuh tenaga dan keceriaan kota tersebut. Ilustrasi ini mengajak pengguna untuk menikmati pesona Paris walau di mana sahaja, sambil mengekalkan semangat muda dari segi fizikal, mental dan jiwa.

evians Live Paris Live Young Limited Edition Collection Key Visual

Bagi meraikan pelancaran koleksi “Live Paris, Live Young” ini, evian® Malaysia teruja untuk mengumumkan peraduan menarik di mana pemenang bertuah akan berpeluang memenangi tiket penerbangan pergi balik ke Paris. Tempoh Peraduan: 1 Mei hingga 30 Jun 2025.

Cara Penyertaan:
● Sebarang pembelian dua (2) botol evian®.
● Imbas kod QR untuk menyertai.

evians Live Paris Live Young Buy Win Contest

Selain itu, evian® menjemput semua untuk menyelami gaya hidup Paris di pameran evian® yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik, hadiah dagangan eksklusif serta sesi rasa mocktail:
📍 Jaya Grocer, Sunway Pyramid: 2 – 8 Jun 2025
📍 AEON, One Utama: 9 – 15 Jun 2025

Falsafah ‘Live Young’ oleh evian® menggalakkan setiap individu untuk mengekalkan minda muda dan menikmati gaya hidup sihat dan bertenaga pada setiap peringkat usia. Diperoleh dari mata air semula jadi Cachat di Pergunungan Alps Perancis, air mineral semula jadi evian® melalui proses penapisan semula jadi selama 15 tahun melalui batuan glasier, menjadikannya kaya dengan mineral penting. Proses semula jadi ini menghasilkan air tulen dan seimbang yang menyokong kesihatan fizikal dan mental.

Botol edisi terhad ‘Live Paris, Live Young’ saiz 500ml kini boleh didapati di seluruh Malaysia – di kedai serbaneka, pasar raya utama serta platform dalam talian. 

evian® mengajak semua untuk menikmati semangat ‘Live Paris, Live Young’ sambil kekal segar dan bertenaga dengan evian®. Temui keistimewaan dalam setiap detik. Alami Paris di mana sahaja anda berada!

Mengenai evian®:

Air mineral semula jadi evian® datang dari tengah-tengah pergunungan Alps Perancis, satu tapak geologikal unik di dunia. Selama lebih 15 tahun, air tersebut melalui batu-batuan di mana ia mengumpul mineral-mineralnya. Jenama ini juga telah berusaha selama lebih 25 tahun untuk memulihara alam semula jadi di sekeliling sumber air berkenaan. Ia sebagai usaha untuk menjaga kualiti luar biasa air semula jadi evian® buat generasi akan datang. Seimbang secara semula jadi dan unik, air semula jadi evian® merupakan satu pilihan sihat untuk sepanjang hari.  evian®, satu jenama Danone, berpegang kepada falsafah One Planet syarikat. Visi One Health manusia dan kesihatan planet adalah saling berhubung kait, justeru ia perlu dilindungi sebaiknya.

Hubungan media:

Foo Siew Kheng / 012-954 1778 / [email protected]
Kaylee Chang / 012-366 9555 / [email protected]

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |