Setelah dilaporkan hilang daripada radar industri hiburan sejak tujuh bulan lalu, pelakon dan pelawak, Yassin Yahya yang sebelum ini didakwa ditahan di Jeddah, Arab Saudi atas kesalahan dadah disahkan sudah kembali ke tanah air.
Isteri kepada Yassin, Farah Waheeda Maharidan yang mengesahkan hal tersebut kepada Harian Metro bagaimanapun tidak memaklumkan bila tarikh sebenar suaminya kembali ke tanah air.
Ya… Yassin sudah pulang ke Malaysia,” katanya.
Menurutnya lagi, dia masih belum bersedia untuk menceritakan kejadian sebenar yang terjadi kepada Yassin di Jeddah dan memohon agar suaminya diberikan ruang untuk bertenang terlebih dahulu.
Artikel berkaitan: “Pernah beritahu balik sebelum Aidilfitri tapi…” – Saiful Apek Dedah Yassin Bakal Pulang Dalam Masa Terdekat
Artikel berkaitan: “Dia di pusat pemulihan, bukan penjara” – Saiful Apek Minta Henti Spekulasi Mengenai Yassin
Beri ruang untuk Yassin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Sebenarnya saya nak rahsiakan perkara ini, tapi saya faham ramai yang menantikan kepulangannya,” katanya.
Tambahnya lagi, Yassin juga kini dalam keadaan baik dan berat badannya juga meningkat.
Alhamdulillah dia sihat. Berat badannya juga makin naik.
“Saya dan seluruh keluarga gembira dapat bertemu semula dengan Yassin,” katanya lagi.
Terdahulu, ketiadaan Yassin dalam acara membabitkan kumpulan Senario telah menimbulkan persoalan di kalangan peminat.
Situasi ini kemudian mendapat perhatian ramai apabila media melaporkan mengenai penahanan seorang pelawak terkenal di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada Oktober tahun lalu kerana kesalahan memiliki ganja.
Difahamkan pelawak berkenaan telah dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan di Arab Saudi dan dijadualkan pulang ke tanah air sekitar April lepas.
Sumber: Berita Harian
Sumber: BH