Isu mengenai ‘Abang CCTV & Wiring’ dilihat sedang menjadi buah mulut orang ramai di mana-mana platform media sosial. Isu ini menjadi semakin hangat apabila bekas suami kepada ‘cikgu’ yang mahu dikenali sebagai Azraf ini tampil bersuara. Katanya, dia sudah melafazkan cerai terhadap bekas isterinya yang bekerja sebagai seorang guru pada 24 Februari lalu di Mahkamah Syariah Melaka.
Tujuan dia tampil bersuara ini adalah untuk membersihkan namanya apabila dia dituduh dayus kerana membiarkan bekas isterinya itu curang.
Artikel berkaitan : Panas Isu Skandal ‘CCTV & Wiring’, Peguam Tegur Tindakan Isteri Tularkan Mesej Whatsapp
Artikel berkaitan : Lelaki Ditampar Isteri Depan Orang Ramai Lepas Kantoi Curang Sewaktu Isteri Keluar Bekerja
“Saya malu sangat. Saya dan bekas isteri itu berkawan sejak kecil. Hari ini hari yang saya tunggu sebab saya bukan lagi suami dia.”
“Saya tak ada niat nak buka aib tapi saya juga perlu beri keterangan daripada pihak saya. Saya terganggu apabila orang bertanya, saya dayus ke, diam diri je? Yang lain biarlah Allah saja yang tahu.”
Jelas Azraf kepada mStar Online lagi, dia kini rasa lebih tenang dan lega setelah memperoleh sijil cerai daripada Pejabat Agama Islam Ayer Keroh, Melaka dan menandakan berakhirnya satu episod pahit dalam hidupnya.
Menurut lelaki ini lagi, Azraf dan guru wanita tersebut bernikah pada 24 Ogos tahun lalu, bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama 6 bulan. Pada ketika itu, guru tersebut berstatus ibu tunggal anak satu.
Dalam pada itu, Azfar turut mendedahkan bahawa ‘abang wiring’ bukanlah kekasih gelap pertama wanita tersebut.
“Lelaki itu datang rumah untuk pasang L-Box dan buat kerja wiring, bukan pasang CCTV pun. Dari situ mereka mula kenal dan berkawan pada bulan September.”
“Masuk 3 bulan kahwin, dia dah kantoi. Tapi saya masih beri peluang. Sebelum kenal abang wiring ni pun, dia dah banyak kali kantoi. Tapi saya malas nak peningkan kepala.”
“Lagi pula bukti mengenai kecurangan dia, ada yang saya masih disimpan dan ada juga sudah dibuang.”
Disebabkan kes itu, Azraf mengaku yang dia ada jumpa bekas suami pertama guru tersebut dan berharap lelaki itu mampu menerima kenyataan dengan hati terbuka sebagaimana dirinya.
Sumber : mStar Online