Anak perempuan pasangan pempengaruh Duriankimchi Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae iaitu Rina sering mencuri perhatian peminat kerana telatahnya yang mencuit hati serta menghiburkan ramai orang.
Perkongsian terbaharu Ryzal mengenai Rina telah meraih pujian netizen selepas berkongsi cara mendidik anaknya supaya tidak mengukur kecantikan seseorang berdasarkan warna kulit.
Dalam video yang dikongsikan itu, Rina memberitahu dia memakai semburan pelindung matahari (sunscreen) untuk mengelakkan kulitnya menjadi gelap kerana beranggapan ia akan menjadikannya ‘tak cantik’.
Artikel berkaitan: “Keb*d*han tiada cuti” – Ryzal Duriankimchi Sekolahkan Netizen Kecam Isteri Beri Anak Makan Tteokpokki
Artikel berkaitan: “Dia lebih tertutup dari saya” – Maryam DurianKimchi Cerita Detik Ibu Tertarik Dengan Islam
Susulan itu, Ryzal menegur Rina secara lembut kerana memberi tanggapan kurang tepat terhadap individu berkulit gelap.
“Moana (watak Disney) tu cantik bukan? Walaupun kulit dia brown. Rina tak boleh cakap kulit warna brown tu tak cantik. Brown pun cantik.
“Rina pun kulit warna brown tetapi cantik juga. Jadi tidak semua orang kulit putih itu cantik. Ada sahaja yang kulit brown, black tetapi mereka cantik,” katanya.
Dalam pada itu, pempengaruh berusia 33 tahun itu juga menasihati anaknya supaya sentiasa bangga dan yakin dengan diri sendiri.
“Kalau Rina nampak orang kulit brown atau black, tak boleh terus cakap tak cantik. Rina kena bangga, kena gembira. I’m beautiful brown girl,” ujar Ryzal.
@ryzalibrhmThe best way to change your kid mindset about beautiful
♬ original sound – Ryzal Ibrahim – Ryzal Ibrahim
“Perbualan dan didikan yang bagus”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan cara didikan Ryzal kepada anaknya agar tidak mempunyai stigma negatif hanya berdasarkan warna kulit seseorang.
Terbaik Appa Rina. Semoga Rina membesar menjadi anak yang solehah.
Sumber: TikTok