maklumat prosiding inkues bocor

Dalam perkembangan terkini inkues kematian Zara Qairina, prosiding inkues yang sedang berjalan dilaporkan terpaksa ditangguhkan semalam susulan terdapat kebocoran maklumat mengenai saksi kanak-kanak kes berkenaan.

Terkini, Datuk Ram Singh iaitu peguam yang mewakili lima remaja dalam prosiding inkues tersebut telah membuat laporan polis selepas maklumat mengenai salah seorang saksi remaja yang diwakilinya telah bocor dan tular di media sosial, lapor Sinar Harian.

Laporan polis berkenaan kejadian itu telah dibuat oleh peguam itu di Balai Polis Luyang, Kota Kinabalu sekitar jam 4.15 petang Jumaat semalam.

Difahamkan, isu kebocoran maklumat itu membabitkan butiran peribadi saksi kanak-kanak kes itu seperti alamat rumah, nombor kad pengenalan diri serta nama penuh saksi.

maklumat saksi kanak kanak inkues zara qairina bocor

Artikel Berkaitan: Maklumat Saksi Kanak-kanak Didakwa Bocor Di Media Sosial, Inkues Zara Qairina Terpaksa Ditangguh

Artikel berkaitan: Kak M & Kenyataan Ketua Warden Jadi Tumpuan: Berikut Rangkuman Inkues Zara Qairina Semalam

Maklumat peribadi saksi itu bukan hanya bocor, malah difahamkan butiran-butiran itu turut tersebar di media sosial menerusi video TikTok.

Menurut Datuk Ram Singh juga, saksi pelajar tersebut telah menjadi takut serta mengalami tekanan emosi  serta berada dalam keadaan trauma susulan kebocoran maklumat peribadi itu.

Tambah beliau lagi, kebocoran maklumat sulit itu dipercayai telah melanggar undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan saksi dan kanak-kanak.

Peguam berkenaan telah membuat laporan polis itu agar isu kebocoran maklumat itu dapat disiasat oleh pihak PDRM.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.