Nama Fazura memang tidak pernah lekang daripada perhatian netizen, apa sahaja yang dilakukan, pasti jadi bahan bualan. Terbaru, pelakon dan usahawan ini sekali lagi mencuri tumpuan gara-gara satu komen netizen di Threads.
Dalam satu hantaran, seorang pengguna mengeluarkan kenyataan berbunyi ‘Setia Fazura dengan cincinnya’. Hantaran ringkas itu kelihatan biasa namun ia terus jadi lebih menarik apabila Fazura sendiri membalas dengan jawapan yang cukup selamba.
Artikel berkaitan: Siap Bawa ‘Screenshot’ Komen Fitnah, Fazura Hadir Ke Pejabat MCMC
Artikel berkaitan: “Fatima tak pandai, tak comel” – Anak Fazura Dan Fattah Luah Perasaan, Dikatakan Tak Comel Oleh Ahli Keluarga?
“Cincin yang mana satu? Sebab SEMUANYA saya beli sendiri,” tulisnya dalam hantaran itu.
Jawapan Fazura itu nyata membuat ramai terkejut, kerana dia dengan penuh yakin menyatakan semua cincin yang dipakai adalah hasil usaha sendiri.
Respon ringkas Fazura itu bukan sahaja mengundang senyuman, malah membuka mata ramai. Ramai netizen memuji sikap berdikari dirinya yang langsung tidak bergantung pada sesiapa untuk bergaya mewah.
Antara komen yang ditinggalkan, ramai menyifatkan Fazura sebagai seorang wanita cantik, berkeyakinan tinggi dan menjadi inspirasi kerana mampu memiliki apa yang diinginkan dengan hasil titik peluh sendiri.
Tidak mengejutkan pun apabila Fazura berani berkata demikian, dia memang terkenal bukan sahaja sebagai pelakon berbakat, malah seorang usahawan berjaya, jadi, tidak hairan apabila dia menegaskan bahawa semua barangan yang dimiliki, termasuk cincin, adalah hasil usaha dirinya sendiri.
Sumber: Threads