Tiga orang anggota polis telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung dengan kejadian pemerasan dan cabul terhadap seorang pelajar wanita bertempat di Sentul Pasar, Kuala Lumpur kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, semua anggota tersebut telah ditahan di sebuah restoran semalam.
Artikel berkaitan : Polis Temui Dadah Dalam Kenderaan Kemalangan Di Plaza Tol
Artikel berkaitan : Operasi Kg Sungai Baru Tegang, Ketua Polis Dang Wangi Cedera Dibaling Batu
Paksa ajak lakukan hubungan seks, cubit payudara mangsa & ugut RM 10K
Beliau berkata, penahanan itu dibuat berikutan dengan laporan polis yang dibuat oleh pelajar wanita tersebut.
“Penahanan itu bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat pelajar wanita berkenaan.”
“Semua individu terbabit direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.”
Tular sebelum ini mengenai laporan daripada pelajar wanita yang ditahan kumpulan anggota polis ketika berada di Jalan Sentul Pasar semasa mangsa bersama teman lelakinya.
Mangsa mendakwa bahawa dia telah diperas ugut dengan bayaran RM 10,000 selain dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan salah seorang anggota polis berkenaan.
Menurut laporan, pelajar wanita tersebut turut dicabul oleh salah seorang anggota polis tersebut di mana suspek telah mencubit payudaranya ketika sedang berbincang. Disebabkan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Sentul untuk tindakan selanjutnya.
Sumber : Harian Metro