Hati tuan mana lah yang tak terluka apabila melihat ‘anak bulu’ kesayangannya ditemui dalam keadaan yang begitu sadis sekali. Sebagai pencinta kucing, pasti akan rasa turut sedih dengan kisah wanita yang dikenali sebagai Jihan ini.
Beberapa hari lepas, Shahjihan dan suaminya tidak begitu sedar mengenai kehilangan kucing kesayangan yang dinama Jojo itu, biarpun ambil cakna kerenah Jojo tidak seperti hari-hari biasa yang rajin munculkan diri dan paling laju masuk rumah untuk makan, mereka tidak begitu ambil pusing kerana sampai rumah dalam keadaan letih, sekitar jam 1.30 pagi dan anggap mungkin Joo kekenyangan.
Artikel berkaitan : Wanita Lepaskan Ular Peliharaan Sebab Geram Jiran Bela Anjing & Kucing
Artikel berkaitan : Video Wanita Meraung Lihat Kucing Dalam Longkang Undang Pelbagai Reaksi, Dakwa Ia ‘Kerja’ Jiran
Namun begitu, keesokanya paginya kira-kira jam 9.50 pagi, Shahjihan mula rasa tak sedap hati setelah ibu mentuanya bertanyakan mengenai keberadaan Jojo, difahamkan ibu mentuanya mencari Jojo sejak dari waktu subuh.
“Keluar hidupkan van bawa slow-slow sambil mata mencari dia mungkin dekat rumah jiran ke apa sesar. Balik hantar barang pun pusinhg satu taman cari dia.”
“Masih tak jumpa. Balik bagitahu dekat suami yang Jojo hilang sebab kita tahu dia bukan jenis merayap. Memang main depan rumah sahaja. Dia bosan lepastu nanti dia masuk ke rumah. Itu je perangai dia.”
Bimbang dengan keadaan Jojo, Shahjihan meminta suaminya untuk semak rakaman kamera litar tertutup (CCTV), amat terkejut apabila melihat rakaman tersebut.
“Ada 3 buudak depan rumah. 2 perempuan, 1 lelaki. Video ni panjanh sebenarnya sebab 3 kali dia datang.”
“Kali pertama dia datang usha depan rumah ada orang ke takda. Kali kedua dia datang, dia ambil Jojo.”
Amat meruntun hari Shahjihan apabila melihat ojo diambil dalam keadaan yang dianggap kejam, kakinya diseret untuk dibawa lari. Difahamkan, mereka ada cuba mengambil seekor lagi kucing peliharaannya, namun gagal.
“Disebabkan yang tu dah besar, dia pandai lari masuk ke dalam rumah, kalau dia tak kenal orang tu.”
Shahjihan pusing kawasan taman untuk mencari Jojo dan bertanyakan kepada jiran jika mereka kenal dengan ketiga-tiga budak dalam rakaman CCTV tersebut.
“Bapa mentua pos dalam group taman, tanya kalau ada sesiapa yang terambil minta pulangkan dan post video CCTV kalau ada yang kenal budak-budak tu.”
Kira-kira jam 2 petang, ada penduduk mambalas mesej mengatakan mereka mengenai kesemua budak tersebut. Shahjihan dan suami terus ke rumah budak-budak tersebut untuk mendapatkan Jojo. Namun, Jojo ditemui dalam keadaan yang begitu hiba.
Menurut Shahjihan, Jojo mati disiksa, dia diletakkan ke dalam bekas yang tertutup tanpa sebarang udara untuk bernafas dan disebabkan itu, Shahjihan menggesa para ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka. Katanya kejadian tersebut berlaku dalam jam 10 jam, ia sekaligus membuatkan Shahjihan tertanya-tanya mengenai ketiga-tiga budak tersebut yang merayau di depan rumahnya pada waktu tersebut.
Shahjihan turut meluahkan rasa berang dan terkilan terhadap budak-budak tersebut kerana dia menjaga kucingnya dengan rapi tanpa menyusahkan jiran-jiran lain.
“Dapat jaga awak tak sampai 2 bulan. Semua orang sayang awak sebab perangai awak yang comel tu. Bila kita balik, dia lah kelam kabut, nak masuk rumah.”
Menerusi perkongsian di Thread, Shahjihan telah membuat laporan polis dan dikatakan pelaku ingin berjumpa dengannya untuk berbincang mengenai hal ini.