Aktivis Mona Din baru-baru ini telah menjadi sorotan ramai susulan memuat naik kenyataan di Facebook berkenaan prosiding inkues Zara Qairina.
Susulan hantarannya di Facebook tersebut, Mona Din telah diberi notis tunjuk sebab oleh Jabatan Peguam Negara.

Terkini, aktivis berkenaan menerusi Facebook telah membuat permohonan maaf kepada pihak Peguam Negara kerana diberi kesempatan untuk memohon maaf bagi menyelesaikan isu ini.
Menerusi permohonan maaf tersebut, Mona Din mengatakan bahawa beliau dengan rendah diri menafikan niat untuk mempertikai atau masuk campur dalam prosiding Mahkamah Koroner yang sedang berjalan.
Artikel Berkaitan: Buat Kenyataan Mempersoalkan Keterangan Saksi, Mona Din Diberikan Notis Tunjuk Sebab
Artikel berkaitan: Timbul Dakwaan Zara Dimasukkan Ke Dalam Mesin Basuh, Peguam Minta Hentikan Spekulasi
Saya juga tidak mempunyai niat jahat untuk mahu mempengaruhi pandangan serta persepsi masyarakat, apatah lagi Hakim Mahkamah Koroner yang sedang menjalankan prosiding inkues, ” tulisnya.
Mona Din turut berjanji untuk tidak lagi memuat naik sebarang hantaran yang boleh dianggap mengganggu sistem keadilan dan menghina mahkamah.
Sehubungan dengan itu, hantaran sebelum ini yang dimuat naik di Facebook telah beliau padamkan.
Difahamkan, sebelum ini, Mona Din telah memuat naik hantaran di Facebook mengenai prosiding inkues kematian pelajar 13 tahun, Zara Qairina yang dipercayai bersifat telah menghina mahkamah, lapor Sinar Harian.
Sumber: Sinar Harian