Varu-baru ini, tular di media sosial berkenaan suatu insiden kemalangan yang melibatkan sebuah van rapidKL On-Demand dengan seorang pejalan kaki.
Mangsa, seorang wanita berusia 26 tahun telah maut dalam kejadian tersebut yang berlaku di Jalan Kuchai Maju pada 14 September lalu setelah dipercayai telah dilanggar dan diseret oleh van berkenaan.
Pihak Rapid KL menerusi laman Facebook rasmi mereka telah memuat naik kenyataan bahawa pemandu van Rapid KL On-Demand yang terlibat dalam kes tersebut telah digantung serta merta sementara siasatan mengenai insiden tersebut dijalankan.
Artikel Berkaitan: Selepas 4 Tahun, Poster Iklan Filem Mulan Di Stesen MRT Merdeka Akhirnya Diturunkan
Artikel Berkaitan: Papar Mesej Mohon Maaf Kerana Lewat, Tindakan Pemandu Bas RapidKL Buat Ramai ‘Cair’
Menurut laporan Says, siasatan awal polis mendapati pemandu van itu tidak menyedari bahawa dia telah terlanggar mangsa kerana menurut pemandu berkenaan, dia ada merasakan sesuatu pada tayar namun memandangkan dia tidak melihat apa-apa menerusi cermin pandang belakang, dia tidak memberhentikan van untuk membuat pemeriksaan.
Pihak Rapid KL turut menzahirkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa.
Pihak mereka turut memberi jaminan bahawa Rapid Bus sedang memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis bagi memastikan siasatan dijalankan dengan telus dan menyeluruh.
Prosedur operasi dalaman juga sedang diteliti semula oleh pihak Rapid Bus bagi memastikan tahap keselamatan yang lebih tinggi dapat terus dipraktikkan dalam semua perkhidmatan mereka.
Sumber: Facebook Rapid KL