Baru-baru ini, tular spekulasi warganet tentang hubungan antara pempengaruh media sosial atau influencer yang dikenali sebagai Chazynash dengan isterinya.
Susulan spekulasi mengenai hubungan suami isteri tersebut, Chazynash hari ini tampil mendedahkan bahawa dia dan isterinya iaitu Fatin Morat telah bercerai secara baik pada 23 Januari 2025 yang lalu.
Chazynash berkongsikan perkara tersebut menerusi Instagram hari ini.
Artikel Berkaitan: “Video itu hanya syok2 shj” – Instafamous Minta Maaf Lepas Kena Kecam Buat Prank ‘Gelang Pink’
Artikel Berkaitan: “Saya tak tahu kenapa buat live” – Suami Siti Jamumall Sangkal Dakwaan Lafaz Cerai Hanya Gimik
Menurut Chazynash, dia dan bekas isteri pada mulanya tidak mahu menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkara itu kerana mereka hanya mahu hanya yang tahu sahaja tahu.
Namun, oleh kerana banyak spekulasi dan khabar angin yang tidak enak didengar telah banyak beredar di media sosial, mereka akhirnya memaklumkan kepada umum bahawa mereka telah berpisah secara baik pada awal tahun ini.
Dalam masa yang sama, Chazynash mengatakan meskipun telah berpisah, hubungannya dengan bekas isteri masih baik demi anak-anak dan mereka turut sama-sama menjaga anak-anak mereka dengan baik.
Tiada sebarang pertengkaran atau perebutan hak penjagaan anak-anak, “ tulisnya.
Mereka turut memohon agar para pengikut yang mengenali mereka di media sosial agar menghormati privasi mereka dan berhenti menyebarkan cerita yang tidak benar mengenai mereka berdua.
Sumber: Instagram Chazynash