Satu perkongsian menyentuh hati tular di aplikasi Threads baru-baru ini apabila seorang lelaki dikenali sebagai Safwan Syahbudin berkongsi kisah pertemuannya dengan beberapa orang remaja yang tidak dikenalinya.
Dalam hantaran tersebut, Safwan meminta bantuan netizen untuk membantunya mencari remaja-remaja berkenaan selepas mereka secara tiba-tiba menegurnya ketika berada di sebuah kedai bundle bersama isteri dan anak-anaknya.
Menurut Safwan, sejak awal dia menyedari beberapa remaja itu asyik memandang ke arahnya.
Namun, dia tidak mengendahkan perkara tersebut sehinggalah salah seorang daripada mereka memberanikan diri menegur.
“Dah lama aku perasan diorang duk pandang-pandang, ingat ada apa. Last-last sekali sorang dari diorang tegur; Assalamualaikum bang, boleh amik gambar tak? Muka abang macam muka arwah abang kami.
“Berkaca jugak la, tapi kita muka garang takda reaksi, hahahhaha,” katanya.

Artikel berkaitan: Noraniza Idris Jadikan Siti Nurhaliza Sebagai Inspirasi Untuk Turun Berat Badan
Artikel berkaitan: “Nama pun sama?” – Muka Kekasih Anak Afdlin Shauki Seiras Dengan Sofyank, Netizen Minta ‘Collab’
Perkongsian tersebut kemudian mendapat respons daripada seorang wanita dikenali sebagai Syuhaila Shakri.
Syuhaila berkata, remaja-remaja berkenaan merupakan adik-adiknya.
Menurut Syuhaila, arwah abang mereka sememangnya mempunyai wajah yang seiras dengan Safwan dan pernah menjadi rakan kepada adiknya.
Hantaran safwan syahbudin di aplikasi threads“Hi, tu adik-adik saya. Ye, arwah memang sama muka macam awak. Terubat rindu diorang.
“Dia kawan adik saya tapi dah dianggap macam keluarga kami, sayang sangat dekat dia sebab banyak bantu family kitorang.
“Dia meninggal excident dekat IPT tahun lepas. Maaf ye bang kalau abang rasa tak selesa, tapi ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
“Allah izinkan abang terjumpa diorang malam tu. Terubat rindu diorang yang hari-hari sedih sejak arwah pergi,” tulisnya.
Sumber: Threads Safwansyahbudin

15 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















