Berdasarkan tajuk yang korang baca di atas, kesemua barang yang min nak senaraikan nanti di bawah biasanya akan jadi sinonim dengan wanita, mungkin ada antara korang yang tertanya-tanya bagaimana ia boleh dicipta dan kegunaan asalnya, malah pasti korang akan fikir ia memang khusus untuk wanita kan?
Untuk pengetahuan, kesemua barang ini ada sejarahnya dan ia bertentangan daripada korang jangkakan. Ya! Pada asalnya barang yang kita nampak sebagai feminin ini pada halnya untuk lelaki! Jadi, ikuti segala info yang dikongsikan di sini untuk sekadar menambah pengetahuan am korang.
Artikel berkaitan : Gara-gara Berwajah ‘Feminin’, Ramai Sangka Suami Wanita Ini Seorang Perempuan
Artikel berkaitan : Madammu Kongsi Tips Berfesyen, Elak Pakai Hiasan ‘Pearl’ Dengan ‘Jeans’
1. Kasut tumit tinggi
Kalau korang nak tahu, kasut tumit tinggi pada asalnya dicipta untuk lelaki. Wanita hanya mengkuti trend kasut tumit tinggi pada abad ke-17. Bagaimanapun, ia bukanlah satu trend, sebenarnya ia satu keperluan buat lelaki Parsi.
Kasut tumit tinggi pertama dibuat untuk askar lelaki Parsi pada abad ke-10. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka mengunci kaki mereka dalam sanggur (peranti penunggang kuda meletakkan kaki mereka) semasa menunggang. Ia bagi keseimbangan dan ketepatan mereka apabila mereka memacu anak panah atau menyerang lawan mereka dengan beberapa senjata lain semasa bergerak.
Ia kemudiannya ke Eropah pada abad ke-17 di mana ia segera diguna pakai oleh golongan bangsawan lelaki kerana ia menjadikannya kelihatan lebih tinggi dan lebih menggerunkan. Raja Louis XIV dari Perancis mengedarkan kasut bertumit tinggi kepada ahli kabinet lelakinya pada tahun 1673.
Oleh itu, wanita mula memakai kasut tumit tinggi kerana ia membuatkan kaki mereka kelihatan lebih kecil (waktu itu kaki kecil adalah simbolik kecantikan buat pada wanita). Pada masa itu, kebanyakan wanita memakai skirt labuh hingga ke buku lali. Jadi, kasut bertumit tinggi itu menaikkan bahagian tengah dan belakang kaki mereka supaya tersembunyi di bawah skirt mereka. Hanya bahagian depan kaki mereka yang kelihatan, maka memberi orang ramai gambaran bahawa mereka mempunyai kaki kecil.
Jadi, penggunaan kasut tumit tinggi antara lelaki dan perempuan perlahan-lahan mula menyimpang ke arah wanita apabila mereka membuat tumit mereka lebih nipis. Wanita juga memperkemas bahagian hadapan kasut mereka supaya kelihatan lebih kecil dan runcing. Sementara itu, lelaki mengekalkan kasut tumit tinggi asal dengan tumit lebar dan bahagian hadapan rata. Disebabkan itu, lelaki mula menolak kasut tumit tinggi pada abad ke-18 kerana ia sudah dianggap sebagai barang feminin.
2. Beg tangan
Seperti yang kita sedia maklum, beg tangan untuk lelaki sudah pun ada di pasaran, itupun mula pada beberapa tahun kebelakangan ini pada abad ke 21, namun, pada asalnya, ia dicipta memang untuk kaum lelaki.
Beg tangan itu pada asalnya dibawa orang berabad-abad yang lalu. Ini kerana pakaian tidak mempunyai poket pada zaman dahulu dan orang ramai mencipta kantung untuk menyimpan wang mereka dan apa sahaja barang yang mereka agar selamat.
Kantung itu sering dilekatkan pada tali pinggang. Pada abad ke-16, wanita membuang kantung untuk kepingan logam kecil yang dipanggil chatelaines. Mereka menggantung kunci dan bahan jahitan di chatelaines, yang mereka gantung di bawah skirt mereka. Walau bagaimanapun, wanita membuang chatelaines untuk reticules pada abad ke-18. Retikula (juga dipanggil indispensible) ialah kantung kecil yang dipegang dengan tali serut.
Beg tangan moden muncul pada awal 1900-an. Ia dicipta daripada olahan beg tangan yang dibawa oleh lelaki. Pereka fesyen pada zaman itu menggunakan beg tangan lelaki sebagai rujukan untuk mencipta beg tangan untuk wanita. Beg tangan feminin ini mempunyai pengikat dan diasingkan ke dalam petak untuk menjadikannya lebih praktikal. Sedikit demi sedikit persepsi beg tangan kini mengubah yang daripada untuk lelaki kepada wanita.
3. Tuala wanita (pad haid)
Pad haid yang boleh diguna semula bukanlah satu perkara yang menjadi tumpuan sehingga Perang Dunia I. Bertahun-tahun sebelum perang, beberapa eksekutif daripada syarikat penjagaan diri Kimberly-Clark Corporation yang membuat pad pakai buang yang pertama telah menjelajah Eropah apabila mereka menemui beberapa bahan baharu yang diperbuat daripada pulpa dan kertas.
Cellucotton sejenis bahan kapas yang direndam dalam air lima kali ganda lebih lama untuk kembang daripada kapas biasa manakala kos separuh daripada harga asal. Para eksekutif membawa pulang celucotton ke Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, Kimberly-Clark tidak menemui apa-apa kegunaan untuknya sehinggalah Perang Dunia I berlaku.
Cellucotton dihasilkan secara besar-besaran untuk digunakan buat para tentera yang cedera dalam peperangan kerana serapannya, jadi digunakan untuk serap darah yang mengalir ketika merawat. Walau bagaimanapun, idea tercetus apabila jururawat wanita yang merawat askar yang cedera tidak lama kemudian mendapati bahawa ia berfungsi dengan baik untuk menyerap lelehan haid mereka.
Kimberly-Clark yang sebelum ini tidak pernah mempedulikannya terus menumpukan perhatian sebagai bahan jualan sehinggalah pasaran celucotton kering laku biarpun selepas perang. Pada tahun 1920, ia tercetuslah Kotex (daripada tekstur kapas), yang menjadi jenama pertama pad haid pakai buang. Jualan yang lemah kemudiannya menyebabkan eksekutif menggunakan semula produk itu semula ke dalam Kleenex, jenama pertama tisu muka yang melanda pasaran pada tahun 1924!
4. Semua yang berawarna merah jambu!
Kalau korang nak tahu, pada berabad-abad dahulu, warna pink simbolik kelelakian dan biru menjadi simbolik kepada kewanitaan!
Semuanya bermula pada tahun 1900-an apabila pakaian bayi berwarna pertama muncul. Sebelum itu, hampir mustahil untuk memberitahu jantina bayi sepintas lalu kerana setiap bayi memakai pakaian putih. Warna putih adalah warna pilihan kerana ia boleh dilunturkan untuk menghilangkan sebarang jenis kotoran.
Kanak-kanak lelaki juga pada waktu itu memakai dress kerana mereka lebih praktikal daripada baju dan seluar pendek. Pakaian berwarna hanya menjadi popular pada permulaan abad ini. Walau bagaimanapun, tiada warna dikaitkan dengan mana-mana jantina.
Tetapi, pada masa Perang Dunia I berlaku, secara amnya dipersetujui bahawa lelaki memakai merah jambu dan perempuan memakai biru. Kanak-kanak lelaki memakai merah jambu kerana penampilannya yang kuat dan dekat dengan warna merah yang dianggap berani dan tegas, jadi ia agak harsh untuk kanak-kanak perempuan. Biru pula diutamakan untuk kanak-kanak perempuan kerana ia dianggap lebih cantik, simbolik kepada langit dan hari siang.
Baju dan seluar pendek diperkenalkan kepada kanak-kanak lelaki pada akhir Perang Dunia II. Walau bagaimanapun, lelaki masih memakai merah jambu dan perempuan memakai biru.
Pertukaran sebenar berlaku pada tahun 1960-an apabila penyokong gerakan pembebasan wanita mula memakaikan anak perempuan mereka dengan warna merah jambu kerana bimbang kanak-kanak perempuan dinilai untuk wajib berkelakuan feminin sahaja berdasarkan jenis pakaian yang mereka pakai.
Disebabkan itu, secara perlahan-lahan ia beralih daripada merah jambu kepada biru untuk kanak-kanak. Industri pakaian memberikan tamparan hebat pada sekitar tahun 1985 apabila mereka mula memasarkan pakaian merah jambu kepada perempuan dan biru kepada lelaki.
5. Makeup
Kejantanan adalah penting dalam budaya Mesir kuno, dan solek sebenarnya memainkan peranan dalam hal itu. Seawal 4000 BCE, lelaki menggunakan pigmen hitam untuk mencipta reka bentuk mata kucing yang rumit. Beberapa milenium kemudian, celak kohl, pembayang mata malachite hijau, dan pewarna bibir dan pipi yang diperbuat daripada oker merah juga popular.
Tujuannya bukanlah seperti hari ini, tetapi untuk kelihatan lebih menarik—bayang mata hijau dipercayai membangkitkan dewa Horus dan Ra, malah ia dikatakan mengelakkan penyakit berbahaya. Celak dramatik biasanya dipakai untuk menyampaikan kekayaan dan status.
Simbolik status dan keberanian seseorang berdasarkan kaedah solekan ini juga diamalkan oleh lelaki kuno di China dan Jepun. Lelaki yang mempunyai kuasa tinggi akan memakaikan dengan bangga.
Sumber : listverse.com, Reader’s Digest, Byrdie