Seramai 39 orang pelajar dan kakitangan sebuah sekolah menengah di Kedah dilaporkan mengalami simptom batuk, ruam pada badan dan demam selepas mereka pulang dari menyertai program di sebuah kem di Yan baru-baru ini.
Menurut laporan Berita Harian, perkara itu telah disahkan oleh kerajaan negeri ini namun setakat ini, masih belum dapat dipastikan apakah penularan jangkitan tersebut.
Artikel Berkaitan: Mpox Dah Sampai Jakarta, Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Jangkitan Cacar Monyet Yang Sedang Menular Ni!
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu, Mansor Zakaria iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri itu mengatakan beliau akan ke kem tersebut nanti.
Difahamkan, pelajar-pelajar dan kakitangan yang mengalami simptom tersebut telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan.

Setakat ini, keadaan kesemua mereka berada dalam keadaan stabil.
Difahamkan juga, siasatan sedang dilakukan berhubung kejadian tersebut agar punca kejadian dapat diketahui segera.

Sumber: Berita Harian