Bukan Sekadar Perlindungan, Kehadiran Artis Korea & Selebriti Meriahkan Pelancaran Deodoran Terbaru NIVEA

17 hours ago 6

Bila kita bercakap tentang rutin penjagaan kulit, biasanya fokus kita mesti pada wajah. Mana tidaknya, muka dijaga dengan teliti dari pencuci muka, toner, serum, pelembap hinggalah krim malam. Tapi ramai yang tak sedar ada satu bahagian badan yang sering kita abaikan, padahal ia juga lembut, mudah kusam dan terdedah kepada iritasi – kulit bawah lengan.

Ramai menganggap deodoran hanya berfungsi untuk mengawal peluh dan bau badan, tapi realitinya bawah lengan juga perlu diberi penjagaan kulit yang sama penting seperti wajah. Disebabkan ini…

NIVEA baru-baru ini telah melancarkan deodoran NIVEA Derma Control iaitu deodoran pertama di pasaran yang diperkaya dengan Mikro Hyaluron dan vitamin.”

Pelancaran NIVEA di Sunway Pyramid dapat sambutan hebat

DSC 1824

Bagi meraikan inovasi ini, NIVEA telah menganjurkan festival pickleball selama tujuh hari di Orange Concourse, Sunway Pyramid dari 1 hingga 7 September 2025. Acara yang diberi nama NIVEA Derma Control Skincare Deodorant x Pickleball Event ini telah membawakan pengalaman unik yang menggabungkan gaya hidup aktif, hiburan selebriti dan mesej penjagaan diri yang memberi inspirasi.

Tak cukup dengan itu, penampilan artis K-pop, B.I, turut mencuri perhatian ramai apabila beliau kongsi rutin penjagaan diri yang diamalkannya untuk terus kekal yakin dan segar dalam apa juga situasi.

CAM03387

Sebagai seorang artis, penjagaan diri ialah sebahagian daripada gaya hidup saya. Menjaga diri saya secara fizikal dan mental amat penting untuk memastikan saya berada dalam prestasi terbaik ketika membuat persembahan. Saya teruja untuk menambah NIVEA Derma Control Defend dalam rutin kebersihan diri saya agar sentiasa segar di atas pentas.”

Selain itu, selebriti tempatan seperti Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Jestinna Kuan, Mark Odea, Aedy Ashraf dan Iman Opie turut menghiburkan penonton dengan cabaran pickleball.

DSC 1760

Shukri Yahaya turut berkongsi pengalamannya selepas mencuba produk ini:

CAM03074

Sejak menggunakan produk ini, kulit saya terasa jauh lebih selesa. Saya percaya bahan penjagaan kulit seperti Mikro Hyaluron dan Pro-Vitamin B5 bukan sahaja melindungi daripada peluh, tetapi juga memulihara kulit dengan lembut. Sebagai seorang yang sentiasa aktif dan bergerak ke sana sini, perlindungan sehingga 72 jam dengan hanya satu sapuan sangat membantu dan memberi saya ketenangan.”

Dari deodoran biasa kepada penjagaan kulit

DSC09464

Selama ini, ramai orang melihat deodoran hanya sebagai “alat asas” untuk kawal peluh dan bau badan. Pakai pada waktu pagi, tahan sehari, cukup. Tapi dengan pelancaran baharu ini, deodoran NIVEA Derma Control bukan sekadar memberi pelindungan daripada bau tetapi benar-benar memberi manfaat kepada kulit bawah lengan.

Deodoran NIVEA Derma Control adalah yang pertama di pasaran diperkaya dengan Mikro Hyaluron, sejenis bahan aktif yang terkenal dalam produk penjagaan wajah premium. Kalau biasanya kita jumpa Mikro Hyaluron dalam serum muka untuk mengunci kelembapan dan memperbaiki kulit, ia menjadikan deodoran ini lebih daripada sekadar “produk harian”, tetapi sebahagian daripada rutin penjagaan kulit.

Apa yang membuatkannya istimewa?

  • Memperkukuh pertahanan semula jadi kulit
    Kulit bawah lengan mudah terdedah kepada geseran, peluh berlebihan dan pencukuran yang kerap. Semua ini boleh melemahkan lapisan perlindungan semula jadi kulit. Dengan Mikro Hyaluron, lapisan ini dipulihkan semula supaya kulit lebih kuat menghadapi tekanan harian.

  • Mengurangkan kesan kusam degil
    Ramai yang alami masalah kulit bawah lengan nampak lebih gelap berbanding bahagian lain badan. Ini boleh berlaku akibat kesan cukur berlebihan atau iritasi. Formula Derma Control membantu mengurangkan tanda kusam ini secara berperingkat, menjadikan tona kulit bawah lengan lebih sekata dan sihat.

  • Mencerahkan dan menegangkan dalam masa 5 hari
    Kandungan vitamin yang tinggi dalam rangkaian ini bukan sahaja memberi nutrisi, malah merangsang pembaharuan kulit. Hasilnya, kulit bawah lengan kelihatan lebih cerah, terasa lebih tegang dan licin hanya dalam beberapa hari penggunaan konsisten.

  • Perlindungan sehingga 72 jam
    Walaupun berfungsi seperti produk penjagaan kulit, ia tetap menjalankan tugas utama deodoran iaitu mengawal peluh dan bau badan. Dengan teknologi perlindungan sehingga 72 jam, pengguna boleh kekal yakin lebih lama tanpa perlu risau tentang kesegaran badan.

Kalau deodoran biasa hanya fokus kepada menutup bau dan mengawal peluh, Derma Control pergi lebih jauh. Ia menggabungkan fungsi perlindungan dengan faedah penjagaan kulit yang jelas – menguatkan, mencerahkan, menenangkan dan menyuburkan.

Dengan gabungan Mikro Hyaluron dan vitamin, ia bukan lagi sekadar penyelesaian harian, tetapi sebahagian daripada rutin penjagaan kulit yang lengkap.

Rangkaian untuk semua

Lebih menarik lagi, rangkaian deodoran Derma Control dicipta untuk memenuhi pelbagai keperluan kulit.

Untuk wanita:

Screenshot 2025 08 29 at 2.39.25 PM

  • Deodoran Derma Control Defend – dengan Mikro Hyaluron dan 100x Vitamin B5, membantu meningkat daya tahan kulit, mencerahkan dan menegangkan.

  • Deodoran Derma Control Bright Repair – dengan Mikro Hyaluron dan 100x Vitamin C, membantu memudarkan kesan kusam degil akibat kerap bercukur dan menjadikan kulit lebih cerah serta licin.

Untuk lelaki (eksklusif di Watsons Malaysia):

NIVEA MEN Derma Control

  • NIVEA MEN Derma Control Defend – dengan Mikro Hyaluron dan Pro-Vitamin B5, melindungi daripada iritasi sambil mengekalkan rasa selesa.

  • NIVEA MEN Derma Control Sensitive – dengan Mikro Hyaluron dan Vitamin E, sesuai untuk kulit sensitif kerana ia menenangkan serta menyuburkan.

Dengan variasi ini, setiap orang boleh memilih deodoran yang sesuai dengan keperluan kulit masing-masing.

Keyakinan bermula dari bawah lengan

CAM03736

Bawah lengan juga perlukan penjagaan yang betul supaya korang kekal yakin sepanjang hari. Dengan NIVEA Derma Control, korang bukan sahaja dapat perlindungan peluh yang tahan lama tetapi juga manfaat penjagaan kulit yang jarang ada dalam deodoran biasa.

NIVEA Derma Control sudah pun berada di Watsons seluruh negara dan juga di kedai serta platform dalam talian yang lain.

Inilah masa untuk bagi bawah lengan korang penjagaan yang lebih baik dan nikmati keyakinan setiap kali melangkah keluar.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |