Isteri kepada pelakon, pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie dikecam susulan dengan tindakannya dalam program Talk To My Manager (TTMM).
Menerusi Theads, satu video tular memperlihatkan Watie seperti melibas punggung Thalita, difahamkan video tersebut merupakan satu gurauan yang dilakukan Watie kerana terlalu bangga dengan prestasi Thalita.
Artikel berkaitan : “Terima kasih buat mummy rasa seperti ibu” – Ucapan Hari Lahir Ayash Affan Daripada Watie Buat Netizen Sebak
Artikel berkaitan : “Dia jadikan iktibar” – Watie Kongsi Shuib Naikkan Duit Nafkah Sejak Kes ‘Fattzura’
Agong sendiri tabik hormat – Netizen
Difahamkan rata-rata netizen merasa kurang senang dengan perbuatan itu kerana Watie dilihat menggunakan Jalur Gemilang untuk melakukan gerak laku gurauan itu.
Rata-rata netizen di ruangan komen dilihat tersinggung dengan tindakan sebegitu dan ada yang turut mempertikaikan serta membandingkan bahawa situasinya dengan Yang Dipertuan Agong yang menghormati bendera Malaysia dan memberikan tabik hormat ketika acara Hari Kebangsaan berlangsung.
Dalam pada itu ada juga netizen menggesa Watie untuk membuat permohonan maaf berhubung isu itu.
Sumber : Threads