syaz ft 2025 09 03T165043.303

Pakar Patologi Forensik berpendapat kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mungkin berpunca daripada terjatuh secara tidak sengaja mahupun ditolak dari kedudukan berdiri di lokasi kejadian.

Dr Jessie Hiu berkata, pada 2 Ogos lalu, beliau diminta untuk memberikan pendapat profesional mengenai kecederaan antemortem (sebelum kematian) yang dialami Zara.

Artikel berkaitan: Kisah Zara Dipusing Jadi Fitnah dan Agenda Politik?

Artikel berkaitan: Inkues Kematian Zara Qairina: Ibu Bapa & Peguam Remaja Tertuduh Dibenar Jadi Pihak Berkepentingan

“Saya sudah meneliti rekod perubatannya, termasuk radiograf, laporan imbasan CT dan CTA, serta menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Berdasarkan pemeriksaan di asrama si mati, ukuran dari lantai ke rel besi melintang paling atas yang dipasang pada tembok konkrit di tingkat tiga ialah 118 sentimeter (cm).

Saya dimaklumkan ketinggian antemortem si mati ialah 154 cm. Perbezaan antara ketinggian si mati dengan rel besi melintang paling atas ialah 36 cm.

Ketinggian rel besi itu adalah lebih daripada tiga perempat ketinggian si mati dan berkemungkinan berada di atas pusat gravitinya,” katanya.

Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata demikian ketika membacakan kenyataan bertulis saksi setebal lima muka surat di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Kenyataan itu turut menyatakan, bagi wanita, pusat graviti lazimnya terletak di bahagian pelvis, selalunya di bawah pusat dalam kedudukan berdiri.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.