siti jamumall diceraikan

Rasanya baru beberapa hari lepas, tular kisah pempengaruh, Siti Jamumall yang mendedahkan dia sudah bercerai dengan suaminya pada dua minggu lepas.

Namun dia dan pasangan telah membuat keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh kurang 24 jam.

Namun belum hampir sebulan pun mereka rujuk, pasangan ini dikatakan bercerai lagi apabila suaminya, yang juga pempengaruh yang dikenali sebagai ‘Aiman Tak Kisah’ telah melafazkan talak ketika sesi live di Tiktok.

Kena cerai ketika sedang live….. pic.twitter.com/YOkdGcK7ov

— MYNEWSHUB (@mynewshub) May 14, 2025

“Siti Suriani binti Wahiddin, aku ceraikan kau dengan talak dua. See you in court,” kata Aiman atau nama penuhnya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22.

Artikel berkaitan: “Setiap kali sikapnya terbongkar, dia mendesak saya ceraikannya” – Along Cham Pernah Lafaz Cerai Pada Isteri

Artikel berkaitan: Nora Terkejut, Suami Enggan Lafaz Cerai

Difahamkan menerusi rakaman sesi live itu, telah berlakunya pertengkaran di antara pasangan tersebut sebelum si suami melafazkan talak.

Selepas diceraikan, Siti Jamumall dilihat tersentak dengan tindakan suaminya sebelum ditenangkan oleh dua individu lain yang ada bersamanya ketika kejadian berlaku.

Kedengaran juga suara yang memintanya untuk ‘jangan menggigil’ di dalam video tersebut. Dalam pada itu, kedengaran Aiman mengulang lafaz cerai itu sebanyak tiga kali sebelum video tersebut dihentikan.

Terdahulu, pasangan ini telah membuat proses pengesahan lafaz cerai dan rujuk mereka secara rasmi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu.

WhatsApp Image 2025 05 09 at 13

Siti Jamumall pula sedang sarat hamil lima bulan hasil perkahwinannya dengan Aiman.

Ia merupakan pekahwinan kali kedua buat pempengaruh ini yang dahulunya pernah berkahwin pada tahun 2019, sebelum bercerai pada Disember 2022.

Kita doakan yang baik-baik saja buat pasangan ini. 

Sumber: X, mStar

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.