Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu menyatakan Mahkamah Koroner tidak percaya bahawa mesin basuh boleh dihidupkan jika individu seberat 53 kilogram (kg) dimasukkan ke dalamnya.
Perkara itu dinyatakan kepada Mahkamah Koroner ketika beliau ditanya oleh Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badiuszaman Ahmad selaku Pegawai Pengendali inkues tentang keberangkalian Allahyarham Zara Qairina Mahathir dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Artikel berkaitan : Inkues Zara Qairina: Patung Saiz Kanak-kanak Dilihat Dibawa Masuk Ke Mahkamah Koroner Pagi Ini
Artikel berkaitan : Memahami Istilah Undang-Undang di Sebalik Inkues Kes Zara Qairina
Dalam pada itu, Dr Jessie mengakui ada melihat mesin basuh di tingkat bawah asrama yang diduduki arwah Zara Qairina ketika pemeriksaan lokasi penemuan arwah. Namun beliau tidak memeriksa saiz peralatan itu.
Berikut merupakan dialog perbualan antara Pegawai Pengandali dan Dr Jessie berdasarkan laporan Harian Metro.
Pegawai Pengendali: Ada jumpa mesin basuh?
Dr Jessie: Ya, ada.
Pegawai Pengendali: Di mana?
Dr Jessie: Di tingkat bawah, berdepan dengan tangga.
Pegawai Pengendali: Berapa banyak?
Dr Jessie: Saya tidak ingat, tapi lebih daripada satu.
Pegawai Pengendali: Saiz mesin basuh?
Dr Jessie: Mesin basuh domestik, bukan industri.
Pegawai Pengendali: Ada kemungkinan si mati dimasuk ke dalam mesin basuh?
Dr Jessie: Saya tidak memeriksa saiz tong, tapi saya diberitahu berat arwah ialah 53 kilogram. Saya tidak tahu berat 53 kilogram boleh muat dalam mesin basuh itu. Tapi, saya tidak percaya ia boleh dihidupkan dengan berat 53 kilogram.
Dr Jesse menyambung keterangannya pada hari kedua inkues kematian Zara Qairina di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan pada hari ini.
Sumber : Harian Metro