Pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak hari ini menerusi Facebook miliknya berkongsi kisah hidupnya yang jarang dikongsikan di media sosial.
Amir Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkongsi dia mendapat temu duga untuk bekerja di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian ketika baru sahaja menyertai rancangan realiti Raja Lawak, namun dia tidak menghadiri temu duga tersebut.
Artikel berkaitan: “Menjejaskan reputasi” – Awesome TV Fail Saman Terhadap Amir Raja Lawak, Mamak Puteh dan Abu Mamu
Artikel berkaitan: “Ini soal hidup & m*ti abah saya” – Amir Raja Lawak Gesa Stesen TV Terkenal Segera Bayar Tunggakan Hutang RM18,000
Dia berkongsi, jika dia hadir ke temu duga itu berkemungkinan kita hanya mengenalinya menerusi Raja Lawak dan Bujang Sepah Silalitamplom sahaja.
“Tapi itu lah.. ‘ Kalau ‘ lah saya pergi interview kat USM ni dahulu, tak perlu dah saya hadap apa yang saya tengah lalui sekarang dengan kehidupan di ibu kota.
Dan saya dengan senang, tenang, gembira, boleh bergurau, melawak, berceloteh dengan pesakit, pelawat, pengunjung dekat USM ni sejak dari hari tu.
Apa pun alhamdulillah, Allah dan tentukan ini jalan untuk saya, dan saya lalui sahaja dengan selayaknya saya,” tulisnya.
Amir dalam hantaran itu berkata dia hanya mahu berkongsi kisah hidupnya selain berkongsi dia kini seorang selebriti yang mencari rezeki.
Sumber: Facebook