Pencinta Haiwan, Jangan Lepaskan Peluang Untuk Ke Pet Expo Terbesar Di M’sia 30 Mei Hingga 2 Jun Ini!

5 hours ago 4

Kalau korang ada anak-anak bulus atau memang pencinta haiwan sejati, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Pet Expo Malaysia 2025, yang bakal berlangsung dari 30 Mei hingga 2 Jun 2025 di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.

Dikenali sebagai expo haiwan peliharaan terbesar di Malaysia, acara ini menjanjikan pengalaman luar biasa selama empat hari dari 10 pagi hingga 9 malam setiap hari. Kalau korang nak tahu, pameran ini bukan je sebagai tempat shopping barang haiwan peliharaan korang tapi banyak aktiviti menarik yang ada dekat sana tau! Antaranya:

1. Lebih 500 jenama premium dari seluruh dunia

DSC07704

Dekat Pet Expo Malaysia 2025 ni, korang boleh tengok sendiri pelbagai jenama dari seluruh dunia. Daripada makanan kucing dan anjing, treats, vitamin, aksesori, produk penjagaan hinggalah ke pet tech terkini. Semua korang boleh beli dekat sini dengan harga istimewa! Antara jenama yang bakal sertai termasuklah:

  • Brit Malaysia
  • Pet Universe
  • Nourish
  • Snappy Tom
  • Cindy Recipe
  • Chunkbits
  • Arcana
  • Molly
  • Reflex
  • ProBalance

Tak cukup dengan itu, ekspo ini juga merupakan lubuk untuk korang restock barang haiwan peliharaan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada biasa. Ini kerana, sepanjang event ni banyak jenama yang akan buat promosi khas serta pelancaran eksklusif. Jadi kalau korang nak beli banyak-banyak dan jimat, inilah masanya!

2. Aktiviti menarik sepanjang hari, sesuai untuk bawa keluarga

Pameran ni juga bukan sekadar menjual barang-barangan berkaitan haiwan peliharaan je tau. Tapi juga padat dengan aktiviti menarik termasuklah:

  • Pertandingan grooming anjing antarabangsa
  • Pet Club Gathering untuk jumpa geng pencinta haiwan
  • Pameran arnab dan haiwan kecil

AE2024 PettingZooSmallAnimals 99

  • Petting zoo

AE2024 PettingZooSmallAnimals 141

Jadi memang sesuai sangat kalau korang nak jadikan Pet Expo Malaysia 2025 ni sebagai salah satu aktiviti menarik bersama keluarga. Tak cukup dengan itu, korang juga boleh bawa haiwan peliharaan korang dekat sini tau! Just make sure korang punya pet sentiasa dijaga sama ada dalam carrier atau diikat.

3. Ganjaran dan peluang untuk menangi hadiah

DSC05823

Selain membeli-belah dan enjoy pelbagai aktiviti menarik, korang juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah dan ganjaran menarik tau!

  • Pulangan tunai melalui program Cashback on-the-spot
  • Sertai Spend & Win dan rebut peluang menang hadiah menarik
  • Masuk cabutan bertuah dengan pembelian minimum

PEJB2024 Cats 70

Jadi tunggu apa lagi? Tandakan kalendar korang, bawa keluarga dan haiwan peliharaan ke Pet Expo Malaysia 2025!

📍 Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur
📅 30 Mei – 2 Jun 2025
🕙 10:00 pagi – 9:00 malam

post PEM25 IG

Tiket hanya boleh dibeli di kaunter tiket yang disediakan di sana. Untuk maklumat lanjut kunjungi laman web rasmi di sini atau ikut mereka di:

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |